LEPAS PKP NI PILIH HOTEL MANA?? ADA YANG DAH TUTUP TAU..

 

HOTEL POPULAR TINGGAL KENANGAN??

Zaman suram industri perhotelan akibat covid 19 sedang melanda malah ada antara mereka sudahpun membuat pengumuman menutup terus operasi.  Antara yang terkesan ialah hotel-hotel popular dan terkenal di seluruh Malaysia. Mungkin anda pernah menginap di situ dan kini ia hanya tinggal kenangan. Jom kita imbas kembali serba-sedikit sejarah hotel-hotel dan pusat hiburan yang sudah ditutup, bakal ditutup ataupun bakal beroperasi semula, itupun jika wabak covid 19 berkurangan

HOTEL DAN PUSAT HIBURAN YANG TUTUP KEKAL

HARD ROCK CAFE KOTA KINABALU 

Satu-satunya Hard Rock Café di Sabah tetapi akhirnya hanya bertahan selama 6 tahun setelah memulakan operasinya pada 1 April 2015. Hard Rock Café sangat popular terutama pelancong asing. Ia memulakan operasinya di kawasan Waterfront sebelum berpindah ke Oceanus Mall di persisiran pantai Kota Kinabalu. Peminat Hard Rock Café tentunya merindui aktiviti santai dengan iringan muzik live sambil menjamu selera.

SYEUN HOTEL, IPOH PERAK 

Terkenal dengan rekabentuk bertemakan neo-classical akhirnya ditutup secara kekal pada hujung Mei 2020.Ia merupakan salah satu dari hotel sekitar Ipoh yang menjadi mangsa pandamik covid 19. Untuk rekod, hotel ini dirasmikan pada tahun 1993 oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah. Ia salah satu hotel bertaraf 4 bintang yang paling besar di sekitar Bandar Ipoh dan mempunyai kapasiti bilik sebanyak 290 buah.

GTOWER HOTEL- G CITY CLUB HOTEL SDN BHD. KUALA LUMPUR

Memiliki bilik sebanyak  180 buah  dan terletak di Bandat Tun Razak  Kuala Lumpur menutup perniagaan selepas lebih sedekad akibat pandemik covid 19.

RAMADA PLAZA MELAKA HOTEL MELAKA 

Dirasmikan pada tahun 1981, Ramada Plaza Melaka Hotel merupakan hotel bertaraf 5 bintang. Selain menawarkan pemandangan Selat Melaka, hotel mewah ini terletak hanya 1 km sahaja dari Pasar Malam Jonker Street dan kubu Portugis A Famosa. Hotel yang memiliki 294 bilik ini akhirnya menutup perniagaan pada 30 Jun 2020.

NAK HOTEL SANDAKAN SABAH

Merupakan antara hotel lejen dan antara yang tertua di Sabah. Ia terletak di pinggir bandar  Sandakan. Memulakan operasi  pada tahun 1966 dan mendapat nama sempena nama seorang kerani bernama Ngui Ah Kui, yang akhirnya menjadi seorang wakil Rakyat.  Setelah beroperasi lebih 54 tahun, akhirnya ia menutup operasinya buat pertama kali pada 15 Jun 2020. Hotel yang diasaskan secara perniagaan keluarga ini memiliki 24 buah bilik, sebuah restoran dan bar. Hotel NAK terkenal dengan kisahnya yang tersendiri disamping faktor lain seperti pemandangan laut,udara segar serta keunikan Bandar Sandakan itu sendiri. 

BAKAL DITUTUP SELAMANYA ATAU DIBUKA SEMULA??

HOTEL EQUATORIAL PENANG, PULAU PINANG 

Merupakan antara hotel 5 bintang yang terkemuka di Pulau Penang . Terdapat khabar angin bahawa Hotel ini bakal ditutup selamanya secara rasmi pada 31 Mac 2021 setelah berkhidmat hampir 50 tahun semenjak kewujudannnya pada tahun 1971. Hotel ini mampu memuatkan 2600 orang dengan 662  buah bilik. Hotel Equatorial mempunyai cawangan lain yang terletak di Kuala Lumpur dan Ho Chin Minh City, Vietnam.

SILKA MAYTOWER KUALA LUMPUR 

Memulakan operasi pada tahun 2007 dan ditutup sementara pada 21 Januari 2021, merupakan hotel terbaru yang menutup operasi akibat kemerosotan tempahan. Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan moden seperti bilik penginapan, bilik mesyuarat dan kemudahan Majlis perkahwinan. Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi pihak hotel bila hotel tersebut akan beroperasi semula. Namun melalui maklumat dalam website, mereka akan menjalankan operasi di lokasi lain di Silka Cheras Kuala Lumpur.

THE FOUR POINTS BY SHERATON SANDAKAN SABAH 

Merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang menjadi kebanggaan penduduk Sandakan. Ia dibina pada tahun 1995 dan ditutup  pada 31 Mei 2020 dan kemungkinan sehingga 31 Ogos 2021 berikutan covid 19. Hotel mempunyai 299 bilik ini berada  di bawah kendalian Marriot International dan merupakan tempat beristirehat pelancong yang hendak ke Sepilok Orangutan Sanctuary, Turtle Island dan Pusat Menyelam di Pulau Langkayan.


DIBUKA UNTUK TEMPAHAN 

KINTA RIVERFRONT HOTEL AND SUITES, IPOH PERAK 


Kinta River Front
Kinta River Front

Dirasmikan pada 1 Januari 2012 dan merupakan Hotel bertaraf 4 bintang terletak berhampiran Muzium Yasmin di Ipoh, Perak. Ia menawarkan 410 bilik penginapan dan merupakan lokasi percutian mewah di Ipoh. Hotel ini juga terletak di  lokasi yang strategik di tengah Bandar Ipoh dan keunikan pemandangan Sungai Kinta terutama pada waktu senja . Ia merupakan antara hotel yang paling besar di sekitar Ipoh.

HOTEL PENAGA PULAU PINANG 


Hotel Penaga

Bangunan didirikan pada tahun 1920 sebagai rumah kedai namun mengalami kerosakan yang teruk akibat perang. Ia terbiar sehinggalah tahun  2008 apabila pasangan arkitek Mr. Hijjas Kasturi dan isterinya  Ms. Angela Longworth membangunkan semula bangunan ini sebagai hotel yang menarik sehingga mendapat penarapan  sebagai Gold rating daripada The Green Building Index. Penarafan ini adalah seiring sentuhan menakjubkan pasangan arkitek tersebut dalam bidang pemuliharaan bangunan bersejarah. Hotel ini berjaya menjadi hotel yang membanggakan penduduk Pulau Pinang dengan rekabentuk unik. Ia mempunyai bilik penginapan sebanyak 45 buah.


Akhirnya dapatlah kita simpulkan bahawa masalah Covid 19 telah menjejaskan bidang pelancongan terutamanya industri perhotelan dengan teruk . Ketua Pegawa Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia menyatakan, berdasarkan tinjauan sebanyak 324 hotel di Malaysia, 15 peratus berkemungkinan akan menutup operasi manakala, 35 peratus lagi akan menutup sementara operasi mereka.  Sementara Kementerian Pelancungan, Seni dan Budaya ( Motac) pula menyatakan industri perhotelan kehilangan lebih kurang RM6.5 billion akibat kekurangan tempahan.

Catat Komen

0 Ulasan