SAKITNYA DISERANG SAKIT GOUT

 

PENGALAMAN DISERANG SAKIT GOUT

Sakit gout dikaitkan dengan asid urik dalam badan yang gagal diproses dengan berkesan oleh buah pinggang. Seperti yang  diketahui, asid urik berlebihan akan terkumpul dalam tubuh  orang dewasa yang gagal mengawal pemakanan dengan baik. Terdapat juga laporan yang menyatakan gout adalah penyakit keturunan, mereka yang ada masalah buah pinggang dan mempunyai berat badan berlebihan. Dibawah adalah perkongsian pengalaman seorang rakan yang diserang penyakit gout untuk sedikit informasi.




Saya mengalami sakit  gout sejak lebih 5 tahun yang lalu. Pada mulanya saya langsung tak menyangka saya diserang gout kerana tidak pernah diserang sakit gout sebelum ini. Pada pagi tersebut ketika hendak bangun untu ke tempat kerja, tiba-tiba pergelangan kaki terasa kesakitan yang teramat sangat sehingga tak bole memijak lantai.

Saya gagahkan diri dengan mengangkat sebelah kaki menuju ke kenderaan untuk ke klinik terdekat. Disebabkan kereta manual, nak pijak cluth punyalah sengsara..namun sampai juga ke klinik. Waktu tu kaki saya dah membengkak dengan teruk dan rasa sakit seperti dicucuk paku. Sampai ke klinik, masuk ke bilik doktor pun hampir tidak dapat bergerak.



Masuk bilik doktor, doktor periksa dan bagi tau saya, kalau belum pernah diserang gout, kemungkinan ini hanya sakit saraf. Pendek kata macam doktor tu tak sure, lalu dia bagi ubat tapi tak berkesan langsung. Tiga hari kesakitan masih amat sangat sehingga pergi ke tandas pun tak dapat. Lalu saya gagahkan diri menuju ke klinik yang lain. Doktor disitu memberitahu, memang sakit gout dan tanya apa benda yang saya dah makan.

Doktor memberikan ubat sakit gout dan satu biji ubat penahan sakit. Saya dah tak ingat apa ubat yang dia bagi. Tapi yang pasti tak sampai 30 minit, sakit di kaki saya dah berkurangan. Ubat yang dia bagi memang berkesan. Dalam masa 2 jam saya sudah boleh jalan sebab sakitnya dah berkurangan dan ia sembuh seperti biasa selepas sehari. Selepas lebih kurang 4 bulan, ia menyerang kembali dan saya mengambil ubat-ubatan seperti goutnor 0.6mg. Selepas diserang gout ia mesti menyerang 2 atau tiga kali dalam masa dua bulan.

Disebabkan saya dah tahu, saya mempunyai penyakit gout saya sentiada pastikan bekalan ubat yang biasa saya makan, goutnor 0.9mg sentiasa disimpan sebagai bekalan. Ini kerana gout akan menyerang bila-bila masa lebih-lebih apabila makan makanan laut atau daging.  Bagi pesakit gout, gout yang menyerang di bahagian sendi kaki boleh menyebabkan kaki menjadi kebas dan kadangkala boleh pengsan.

Pesakit gout perlu mengelakkan mengambil ubat-ubatan yang tidak berdaftar dengan KKM yang banyak dijual di kaki lima. Walaupun ada ubat tersebut yang cukup berkesan namun, ia akan merosakkan fungsi tubuh kita terutamanya buah pinggang. Pergantungan kepada ubat-ubat penahan sakit atau suntikan perlu dielakkan kerana ia boleh memberikan komplikasi yang teruk termasuk kegagalan fungsi jantung.Ketika diserang penyakit gout, makan ubat mengikut peraturan disamping meminum air dengan lebih kerap. Kita boleh mengurangkan risiko penyakit gout dengan mengamalkan pemakanan dan cara hidup yang sihat.

Untuk informasi yang lebih tepat berkaitan penyakit gout boleh baca di pautan http://www.myhealth.gov.my/en/gout-5/


Catat Komen

0 Ulasan