Ramai orang beranggapan zaman semakin malap untuk menjadi seorang blogger. Dorang cakap, pada masa kini, buat youtube lebih bagus. Pelbagai tanggapan diberikan, namun sebagai seorang blogger tentunya mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka masih aktif menulis di blog.
Seperti juga saya, sejak pandamik PKP ni, rasanya menulis blog adalah cara terbaik menghilangkan bosan di rumah. Ia adalah salah satu kaedah semulajadi untuk menghilangkan tekanan dengan melakukan sesuatu yang berfaedah. Berikut adalah ulasan saya berkaitan 5 tanggapan yang sering dimainkan oleh rakan-rakan dan orang diluar sana berkaitan blog.
- #1.BLOG TIDAK MENGHASILKAN APA-APA
Sangkaan yang meleset. Kebanyakan blogger
membangunkan blog kerana ingin menjana pendapatan. Anda mungkin tidak percaya,
seorang blogger mampu menjana puluhan ribu sebulan hanya dengan satu blog!!
Malah ramai anak Malaysia yang menghasilkan ribuan ringgit hanya dengan satu
platform iaitu GoogleAdsense. Itu tidak termasuk pendapatan melalui program
affiliate, jualan profuk digital dan sebagainya.
- #2.BLOG SEDANG MELALUI ZAMAN SURAM
Ada betulnya. Tetapi semakin ramai yang tidak
mahu buat blog, semakin bagus kerana kami sebagai blogger tidak banyak
saingan!! Haha. Tidak apalah kalau anda beranggapan blog sedang melalui zaman
suram, jika anda mahir membuat content video anda boleh buat duit dengan youtube.
Sebenarnya, anda tak boleh memaksa diri untuk menjadi seorang blogger sekiranya
beranggapan blog tidak sesuai dan tidak menguntungkan. Namun sebagai blogger
sejati, menulis perkongsian di blog sudah menjadi darah daging mereka. Takkan orang buat
youtube, kitapun nak ikut, padahal bakat kita tidak berada disitu.
- #3.TAK TAHU MEMBUAT BLOG.
Sangat banyak panduan yang boleh anda google
dan ianya percuma. Tak perlupun pergi keluar negeri kerana Malaysia sendiri
mempunyai ratusan pakar blog yang memberi panduan secara percuma. Apa yang
penting ialah kemahuan anda. Saya sendiri banyak membaca tips yang diberikan
oleh blogger-blogger tempatan seperti si anu dan si anu.. Namun, ia semestinya
satu kelebihan sekiranya anda boleh belajar daripada blogger luar negeri
seperti Neil Pattel dan Ryan Robinson.
- #4.TAK TAHU MEMILIH NICHE
Kebanyakan blogger yang mempunyai ribuan follower tidak mempunyai niche khas. Mereka hanya gemar menulis dan berkongsi
pengalaman atau kehidupan harian. Namun, mereka masih mempunyai follower yang
ramai kerana keikhlasan berkongsi sesuatu yang berfaedah. Kunci utama disini
ialah mereka konsisten mengemaskini dan menambah artikel-artikel baru.
- #5.TAK TAHU NAK KONSISTEN.
Hilang minat dipertengahan jalan adalah satu
penyakit yang dihadapi oleh setiap blogger terutama ‘newbie’. Apabila anda
kehilangan minat, anda akan kehilangan arah dan terus melupakan hasrat meneruskan
blog. Akhirnya, blog hanya tiga atau empat artikel sahaja. Kunci utama menjadi
seorang blogger ialah konsistensi dan percayalah, anda akan mendapat ganjaran
satu hari nanti, kalau bukan dalam enam bulan, anda akan lihat hasilnya selepas
satu atau dua tahun. Google Adsense sendiri tidak menerima iklan mereka
diletakkan di blog sekiranya blog anda terlalu baru.
0 Ulasan