4 ALAT YANG PERLU ADA DI SETIAP RUMAH


1. BLOOD PRESSURE MONITOR

Salah satu alat kecemasan yang wajib ada di setiap rumah ialah alat menyukat tekanan darah ( Blood Pressure Monitor ). Ya lah penyakit ni kadangkala datang tanpa di undang, siapa tahu ada antara kita yang mempunyai penyakit yang tidak diketahui.

Setiap ahli keluarga berhak untuk sihat sepanjang masa. Kita tidak perlu menunggu sakit untuk mengenalpasti masalah pada badan kita. Mungkin ada antara ahli keluarga kita terutama yang berusia seperti nenek nenek atau atuk yang berisiko tinggi mendapat serangan penyakit terutama darah tinggi. Kita perlu pastikan tekanan darah mereka berada pada keadaan normal sepanjang masa.




Dengan mengetahui keadaan tekanan darah, kita boleh mengambil langkah awal yang perlu seperti mengurangkan makanan masin dan berminyak. Mengikut statistic, bukan sahaja orang dewasa yang menghidap darah tinggi, kanak-kanak juga tidak lari dari serangan darah tinggi yang mampu meragut nyawa.

2. ALAT MENYUKAT SUKATAN KADAR GULA

Pemeriksaan kendiri adalah satu langkah bijak untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit terutama pandemik Covid 19. Kita tak perlu beratur dan bersesak di hospital kerajaan semata-mata untuk mendapatkan sukatan kadar gula dalam badan kita. Kita juga boleh bertindak sebagai jururawat di rumah untuk memeriksa tekanan darah atau kadar gula semua ahli keluarga. Bagaimanapun, anda tidak mampu melakukannya tanpa peralatan yang betul.

3. FIRST AID KIT

Kotak First Aid Kit perlu sentiasa disediakan di setiap rumah dan tempat kerja sebagai persediaan sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini. Dalam kotak biasanya dibekalkan dengan kain bandage, pencuci luka, kapas dan pembalut luka.  Alat-alat ini adalah peralatan asas untuk melakukan rawatan awal sebelum dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ada juga mungkin boleh menyimpan ubat-ubatan setelah mendapat nasihat dari doktor. Ubat-ubatan asas seperti panadol dan ubat sapu kulit yang gatal boleh disimpan ditempat yang selamat dan mudah dicapai apabila diperlukan. Pastikan ubat tersebut masih boleh tamat tempoh.

4.ALAT PENIMBANG BERAT BADAN

Golongan yang mementingkan kesihatan sentiasa memastikan mereka berada pada berat badan yang ideal. Berat badan yang bertambah akan menambah risiko penyakit seperti darah tinggi dan gula yang berlebihan. Dengan harga yang tidak semahal mana, anda mampu mendapatkan alat ini di farmasi berdekatan.

Langkah untuk menyediakan semua alat-alat kecemasan termasuk alat menyukat tekanan darah tinggi  ini adalah satu langkah bijak untuk menghindarkan diri dari risiko penyakit yang lebih serius. Ia juga sebagai langkah awal sebelum kita memanggil pasukan keselamatan atau perubatan sekiranya kita tiba-tiba menghadapi penyakit.

Bagaimana Mendapatkan Semua Peralatan Kecemasan

Pihak hospital tidak akan memberikan peralatan ini secara percuma. Anda perlu mendapatkan di farmasi berdekatan atau beli secara online melalui Lazada atau Shopee. 

Baiknya jenama dari Jepun iaitu Omron juga sediakan Alat penyukat Tekanan Darah dan peralatan perubatan yang lain di gedung Lazada.  Ia untuk memudahkan anda memilih jenis dan saiz yang diingini seterusnya menempah dengan kadar harga yang berpatutan. Harga  bergantung kepada keupayaan, jenis dan saiz.

Cara Penyimpanan Yang Betul

Simpan semua ubat, peralatan dan Peti Pertolongan Cemas disatu sudut yang boleh dicapai dengan mudah oleh orang dewasa. Pastikan ia tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.

Catat Komen

0 Ulasan