Salah satu fungsi terbaik pada smartphone ialah kamera.
Ramai orang yang hendak membeli smartphone semata-mata kerana mahu memastikan
setiap detik dapat dirakam melalui kamera smartphone. Mereka yang
terlibat dengan perniagaan pula perlu memastikan gambar yang diupload di media sosial menjadi senjata untuk
menarik pelanggan. Realitinya, tidak semua orang mampu menangkap gambar dengan sempurna
meskipun dengan telefon mahal serba canggih.
Perkongsian kali ini adalah tentang tips-tips dan langkah perlu agar gambar yang diambil memukau mata memandang. Seterusnya, mampu menarik perhatian rakan-rakan terutama bakal prospek meskipun dengan telefon pintar yang sederhana.
Ok, bagi anda yang ingin
menambah skil photografi melalui smartphone, berikut adalah beberapa tips dan langkah penting;
# 1. DAPATKAN SMARTPHONE 10 MEGAPIXEL DAN KE ATAS
Rata-rata telefon pintar pada masa kini mempunyai kualiti
kamera yang baik apatah lagi smartphone dengan harga RM500
dan ke atas, banyak yang mempunyai kamera sehingga 10 megapixel. Antara smarthone
android yang mempunyai kamera lebih 10
megapixel ialah
VIVO Y12 ( 13MP belakang / 8MP depan), Alat Perakam Video
1080HD, Harga Pasaran RM499.00
Fungsi tambahan; HDR, Panorama, Flash
Oppo A 15 ( 13MP belakang / 5MP depan ), rakaman video
1080HD, Harga Pasaran RM499.00
Fungsi tambahan;HDR, Low light mode, Flash
SAMSUNG GALAXY A12 (48MP kamera utama / 8MP depan )
rakaman video 1080 HD, harga terkini RM699.00
Fungsi tambahan menarik; Multi camera ( ultra wide camera
untuk paparan yang lebih luas, micro camera untuk gambar yang lebih jelas dan
terperinci, dept camera untuk fokus yang lebih tinggi)
REDMI NOTE 10 (108MP belakang dengan teknologi AI Penta, 32MP kamera depan )
rakaman video 4K, 1080P, Harga Pasaran RM799.00
Fungsi tambahan ; smart ultra wide mode untuk paparan
gambar yang lebih luas, Portrait mode blurring untuk fokus keada gambar potret
dengan mengaburkan latar belakang, 12MP potret camera, 5MP ultra telephoto, 12
MP micro camera , 4 flash, HDR dan banyak lagi.
Empat senarai di atas adalah sekadar memberi gambaran berkenaan kualiti kamera smartphone. Ternyata, phone yang lebih mahal mempunyai pakej kamera yang lebih unggul berbanding smartphone yang lebih murah.Telefon jenama Redmi Note 10 boleh dikira antara pesaing terbaik yang setara dengan harganya mengambilkira keupayaan kamera.
# 2. PENCAHAYAAN.
Seperti kamera DSLR, smartphone juga perlu kan pencahayaan
yang baik untuk menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi. Pakar-pakar photografi
menyarankan bahawa gambar yang baik adalah gambar yang diambil semasa objek diterangi
cahaya matahari. Sudah tentu ia lebih nampak terang dan jelas. Bagaimanapun,
pancaran matahari yang terlalu terik pula akan menyebabkan gambar jadi silau.
Maka gambar yang menarik selalunya diambil ketika matahari berada disebelah
barat atau timur. Maknanya sebelah pagi atau petang. Namun demikian, terdapat
kes-kes tertentu yang memerlukan anda berada pada waktu malam atau tengahari,
bergantung kepada tema gambar yang hendak di ambil.
# 3. KEDUDUKAN SMARTPHONE
Gambar yang menarik bergantung kepada kedudukan
smartphone anda ketika mengambil sesuatu gambar. Sebagai contoh, smartphone
anda perlu berada satu aras dengan seorang budak berusia 10 tahun ketika anda cuba menagkap gambar budak tersebut. Contoh lain
ialah ketika anda mengambil gambar seekor kucing. Gambar lebih menarik
sekiranya smartphone anda berada satu aras dengan kucing agar anda boleh fokus kepada
mata dan bulu kucing tersebut.
# 4. KURANGKAN ZOOM
Walaupun banyak telefon yang mempunyai keupayaan zoom
sehingga 4kali, ramai pakar photografi yang menyarankan agar tidak perlu
menggunakan zoom kerana ia pastinya akan mengurangkan kejelasan kepada gambar
dan menyebabkan noise ( objek putih ) yang banyak. Jika boleh dekatilah sesuatu
objek supaya anda dapat focus kepada gambar yang hendak diambil.
# 5. FAHAMI SEMUA FUNGSI KAMERA PADA SMARTHONE ANDA
Smartphone yang mahal tidak berguna sekiranya anda tidak
mengenali semua fungsi yang ada didalamnya. Dalam setiap jenama telefon, ia
hadir dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan. Carilah kelebihan pada kamera
telefon anda dan gunakan sebaik mungkin. Sebagai contoh, kebanyakan telefon
mempunyai fungsi HDR dan bokeh. Kedua-dua elemen ini dapat membantu anda
mengambil gambar yang lebih menarik. Anda juga perlu memahami bahawa bukan
setiap elemen dalam kamera smartphone sesuai untuk satu-satu masa. Ia
bergantung kepada tema dan keadaan persekitaran.
# 6. GUNAKAN APLIKASI TAMBAHAN
Sekiranya smartphone anda tidak memiliki ciri-ciri yang
anda impikan, cuba cari applikasi photografi di Google Play atau Apple Store.
Disitu terdapat ratusan aplikasi photografi yang boleh dimuaturun secara
percuma dan berbayar. Antara aplikasi popular yang boleh dimuat turun ialah Snapshed,
Photosoft, Photostudio, Remini dan aplikasi berbayar Photoshop LightRoom.
Setiap aplikasi ini mempunyai kelebihan tersendiri malah ada yang mampu
mengurangkan noise, menambahkan effect dan menambah resolusi gambar.
# 7. SENTIASA BELAJAR
Banyak maklumat yang boleh diperolehi secara percuma di
internet termasuk youtube dan blog pakar-pakar photografi. Saya sendiri
menyertai kelas fotografi dari Saiful Nang Academy untuk menambah ilmu dalam
bidang ini. Untuk makluman anda, Saiful Nang Academy akan mengenakan yuran
sebanyak RM50 sahaja untuk setiap sesi. Disamping anda belajar dengan pakar
photografi di situ, anda boleh menyertai perbincangan dalam group yang
diadakan. Anda juga perlu memahami bahawa dalam bidang photografi, banyak
elemen teknikal yang perlu difahami seperti sensor, ISO, Aperture dan jenis lensa
kamera.
# 8.KONGSIKAN PHOTO ANDA UNTUK DINILAI
Kepakaran anda dalam bidang photografi boleh diuji dengan
menyertai program-program di internet seperti Shutterstock, Agora, GettyImages
dan sebagainya. Shutterstock.com adalah medium terbesar yang memberi peluang
kepada sesiapa sahaja untuk menjual gambar-gambar mereka. Sekiranya gambar anda
berjaya lulus dalam tapisan, anda berpeluang membina portfolio dilaman web
tersebut dan seterusnya mendapat pendapatan pasif melalui royalty gambar
yang terjual. Bagaimapun, sekiranya gambar anda ditolak, bermakna skil
photografi anda belum melepasi tahap yang seterusnyamemuaskan. Anda juga boleh menyertai
Agora untuk menyertai pertandingan photo-photo terbaik.
Artikel Berkaitan ;
CARA JUAL GAMBAR DI SHUTTERSTOCK
AGORA APLIKSI MEDIUM WAJIB PEMINAT PHOTOGRAFI
# 9. KENALPASTI TEMA PHOTO YANG HENDAK DIAMBIL
Anda perlu tahu membezakan potret , landskap atau photo. Setiap tema mempunyai cara yang berbeza. Sekiranya anda mengambil gambar landskap, gunakan wide angle dan gunakan afarture yang lebih kecil untuk mendapatkan semua gambar background. Selain itu jangan sesekali gunakan flash untuk mengambil gambar landskap.
# 10. GUNAKAN PERALATAN TAMBAHAN
Peralatan tambahan yang dimaksudkan termasuklah tripod
dan cahaya buatan. Tripod digunakan untuk menstabilkan kamera agar anda boleh
menangkap objek dengan focus seratus peratus. Pergerakan ketika menangkap
gambar akan mengakibatkan gambar jadi kabur. Cahaya buatan seperti lampu suluh boleh
memberikan cahaya di kawasan gelap.
KESIMPULAN
Gambar bukan sahaja untuk dijadikan kenangan pada masa
akan datang tetapi pada masa kini ia merupakan elemen penting dalam bidang
perniagaan. Maka tidak hairanlah, smartphone berlumba-luma menjadi kamera yang
terbaik. Maka, sekiranya anda mempunyai smartphone, apa kata ia digunakan
sebaik mungkin, supaya pembelian telefon yang mahal tidak sia-sia.
0 Ulasan