AGORA APLIKASI WAJIB PENGGEMAR SENI FOTOGRAFI


Ramai yang tercari-cari medium untuk menjual gambar-gambar yang diambil melalui smart phone. Walaupun jurugambar berpeluang menjana wang dengan menjual gambar di Alamy, ia tak semudah yang disangka kerana banyak syarat yang perlu dipatuhi.  Kualiti gambar perlu diambil dengan kamera DSLR. Kalau setakat mobile phone biasa, pasti kena tolak mentah-mentah.

APA DIA AGORA?

Agora adalah sebuah aplikasi menarik yang memberikan peluang kepada penggemar seni fotografi melibatkan diri dalam contest yang dianjurkan. Anda juga  layak menyertai contest tersebut serta berpeluang menerima hadiah wang tunai  dari USD100 sehingga USD25,000 sekiranya menang!. 

Anda boleh muat turun aplikasi Agora melalui Google Play  atau AppleStore.  Ianya adalah percuma.


Skrin shoot akaun saya di Agora


BAGAIMANA JOIN CONTEST DI AGORA? 

Credit!! 

Untuk menyertai contest  di Agora, anda perlu memastikan kredit anda mencukupi. Kredit ni dikira matawang yang digunakan untuk menyertai contest yang diadakan. Semakin banyak kredit, semakin banyak contest anda boleh sertai. Biasanya anda perlu 50 kredit untuk menyertai satu contest. 

Terdapat 3 cara untuk mendapatkan kredit di Agora iaitu;

  1. Menonton iklan yang keluar setiap 2 jam. Anda akan dapat 1 kredit percuma
  2. Merujuk rakan. Anda akan dapat 10 kredit untuk setiap rakan yang menjadi ahli Agora melalui link affiliate anda.
  3. Membeli kredit. Anda boleh membeli kredit serendah RM4.49 untuk 8 kredit.
DAPAT 10 CREDIT UNTUK SEORANG RAKAN YANG DIRUJUK

Jadi sekiranya anda ingin menyertai pertandingan, ada perlu mempunyai kredit yang ditetapkan. Cara paling mudah ialah dengan merujuk rakan menyertai Agora. Disini anda akan dapat 10 kredit untuk setiap rakan yang anda rujuk.

MAHU CEPAT? BELI CREDIT

Sekiranya anda mahu sertakan gambar anda secepat mungkin, terpaksalah anda membeli kredit yang boleh diperolehi terus dengan menekan tombol ‘buy’. Mungkin inilah caranya pihak Agora menambah dan untuk membiayai hadiah. Hadianya pula agak lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit.

ANDA IKUT SAYA? SAMA-SAMA DAPAT 10 CREDIT

Sekiranya anda masuk agora melalui pautan saya , klik aja pautan dibawah. Jangan risau tak ada virus / malware. Scan bar code yang ada dalam pautan ini.

https://agoraimages.gsc.im/1/SRbOfyVzQwtb

Anda juga akan mendapat 10 kredit yag boleh anda gunakan untuk menyertai pertandingan. Lebih banyak kredit yang anda terima, lebih banyak peluang anda menyertai pertandingan.

APA ITU STARS? ⭐⭐

Bintang atau stars dalam Agora bukan undi ahli Agora kepada photo anda.Ia sekadar 'like'. Bagaimanapun, sekiranya anda mendapat star, anda berpeluang naik ke level lebih tinggi dan mendapat tambahan kredit. Star juga memudahkan profail anda berada dimuka depan agar photo anda juga lebih mudah diundi pada masa pengundian.

Star juga membantu anda masuk kepusingan seterusnya iaitu 50 terbaik. Pada peringkat ini, faktor kemenangan akan ditentukan oleh peraturan yang ditetapkan pihak Agora, kualiti gambar dan berdasarkan pilihan komuniti yang akan dibuat oleh pihak Agora.

ANDA BEBAS MEMILIH TEMA

Contest-contest photography yang diadakan di Agora terdiri daripada pelbagai tema. Ia bukan sahaja dalam bentuk photo tetapi juga dalam bentuk video dan dokumentari. Bagi pertama kali, anda boleh menyertai pertandingan photo secara percuma. Antara tema-tema pertandingan yang berlangsung pada artikel ini ditulis ialah 

  • Photo of The Week 39
  • Black and White 2021
  • Transport 2020
  • Photo Journalisme 2020
  • One Huminaty .. dan banyak lagi.

Syaratnya pula adalah

  1. Gambar sekurang-kurangnya 400px dalam format JPG
  2. Gambar asli, tidak mempunyai apa-apa tuisan
  3. Tidak mempunyai watermark

 BAGAIMANA NAK JADI POPULAR DI AGORA??

Sekiranya anda aktif di Agora dan membantu rakan-rakan lain dengan memberikan stars serta follow mereka, mereka juga akan membantu anda dengan menekan stars supaya anda naik ke label yang lebih tinggi.

Selain itu, pastikan gambar-gambar yang anda upload terdiri daripada gambar-gambar yang berkualiti dan unik!! paling penting tu!!

aplikasi ini bersaiz dalam lingkungan 64mb dan telah dipasang melebihi satu juta pengguna di seluruh dunia.

Demikianlah serba sedikit berkaitan aplikasi fotografi  Agora, anda boleh install aplikasi Agora secara percuma di pautan ini untuk melihat tema-tema pertandingan yang diadakan. Siapa tahu gambar lama yang disimpan di phone anda memberikan anda rezeki!!



 

Catat Ulasan

0 Ulasan