PENGALAMAN MENGGUNAKAN CTOS SERVICE PRO DAN
KONTRA
CTOS adalah singkatan bagi Credit Tips of
Services . Disamping menyediakan maklumat kredit , ia juga merupakan sebuah
agensi kredit yang menyediakan pinjaman melalui agensi-agensi yang berdaftar
dalam website CTOS.
Untuk menggunakan perkhidmatan CTOS, anda
perlu mendaftar dengan menyediakan maklumat dengan lengkap. Anda juga
dikehendaki untuk membuat pembayaran sebanyak RM25 untuk mendapat laporan CTOS
anda. Ia akan dikirim ke email anda dalam format PDF.
Laporan yang anda akan terima ialah kredit
score anda dengan nisbah seperti berikut
300-528 - Poor : Anda mempunyai masalah kewangan yang agak serius. Anda perlu lakukan langkah yang drastic untuk mengatasi masalah kewangan.
529-650 - Low : Anda akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman bank.
651-696 - Fair : Status masih kurang menarik dan tidak digemari oleh bank.
697-717- Good : Anda boleh memohon pinjaman dan kemungkinan dapat diluluskan oleh Bank.
718 -743 -Very Good : Status kewangan sangat baik. Anda dilihat sebagai pelanggan yang berpotensi.
744 -850 -Excellent : Cemerlang. Anda peminjam terbaik dan bank berebut-rebut untuk memberi anda pinjaman.
Anda juga akan dapat mengenalpasti semua jenis
hutang secara detail termasuk loan kenderaan, pinjaman rumah, hutang kad kredit
dan sebagainya. Dengan mendapat maklumat dalam CTOS ini anda tak perlu lagi ke
satu-satu bank untuk mendapatkan maklumat semua hutang anda. Butiran yang anda
akan dapat termasuklah;
Ø Nama
Bank
Ø Tarikh
mula menghutang
Ø Jenis
Loan
Ø Jumlah
Pinjaman
Ø Baki
Pinjaman
Ø Bulan
tertunggak
Ø Semua
kesemua hutang anda
Ø Jumlah
keseluruhan tunggakan.
û
Jadi yang terlalu banyak hutang tu, tak perlu
lagi mengambil penyata satu persatu dan kira sendiri menggunakan kalkulator. Maklumat
yang disediakan oleh CTOS boleh dikatakan tepat disebabkan ia mengambil
maklumat dari sumber yang dipercayai termasuk
1.
Bank Negera
2.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM)
3.
CCRIS Bank Negara
4.
Surat Khabar
5.
Cek dikembalikan Bank Negara
6.
Penerbitan Warta
7.
Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM)
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN CTOS
Anda bole mengenalpasti dan menganalisa status kewangan anda. Berdasarkan kredit score anda, CTOS akan memberikan khidmat nasihat dan cadangan. Dengan memahami status kewangan di CTOS juga anda boleh mengambil langkah yang perlu untuk menyelamatkan rekod kewangan anda. Maka tak lah nanti anda tertanya-tanya kenapa bank tidak luluskan permohonan anda.
Secara peribadi saya berpendapat, perkhidmatan
CTOS ini boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai pinjaman yang banyak dan
tidak mampu mengurus rekod kewangan dengan baik. Seperti yang dinyatakan tadi,
ia menyediakan satu dokumen yang jelas dan boleh dijadikan panduan untuk
mengurus kewangan dengan baik.
APA YANG TAK BAIK PULA/KONTRA
KENA BAYAR BARU DAPAT LAPORAN
Anda perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan CTOS. Sekiranya anda perlukan banyak perkhidmatan lagi termasuk mengelakkan aktiviti pencerobohan ke atas maklumat kewangan anda, aktiviti dark web, memantau penipuan dan sebagainya, maka anda perlu membayar dengan lebih lagi kepada CTOS.
DATA YANG TIDAK KEMASKINI.
Sekiranya anda sudah membayar 2 atau 3 hari lepas, CTOS belum dapat mengesan.
PROMOSI PINJAMAN / HUTANG
CTOS bukan sahaja penyedia maklumat kepada penyata hutang anda, ia juga pada masa yang sama mempromosikan agensi peminjaman wang ( bukan bank ).
û
0 Ulasan