CARA DAN PROSES PERMOHONAN TANAH KERAJAAN

CARA DAN PROSES PERMOHONAN TANAH KERAJAAN

Tanah adalah harta yang tidak ternilai. Pelbagai perkara boleh dilaksanakan di atas sebidang tanah. Ramai orang yang sanggup putus keluarga kerana berebut sebidang tanah. Beruntunglah mereka yang memiliki banyak tanah yang sudah mendapat geran dari kerajaan. Bukan senang untuk memohon geran tanah lebih-lebih lagi pada masa kini.  Ia mengambil masa yang cukup lama malah sehingga bertahun-tahun.

Terdapat dua sebab utama mengapa permohonan tanah ini sangat lama untuk diproses, iaitu;

Ø  Jumlah permohonan tanah yang bertimbun di Jabatan Tanah

Ø  Prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi

Pemilikan tanah masih tidak selamat seandainya tidak ada geran yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah Ukur. Sebagai contoh, tanah pusaka yang diwarisi dari nenek moyang kita perlu dipohon untuk mendapatkan geran tanah yang sah. Pemohon tanah yang hendak menghantar borang permohonan ke Jabatan Tanah perlu memastikan borang permohonan diisi dengan lengkap termasuk pelan dan kedudukan tanah.



BORANG PERMOHONAN TANAH YANG LENGKAP

Proses mengenalpasti tanah dan pelan tanah yang hendak dipohon adalah satu proses yang perlu dilakukan dengan berhati-hati. Banyak permohonan tanah yang dihantar ditolak kerana tidak menyediakan lokasi atau pelan yang betul. Jawapan biasa dari Jaatan tanah ialah, permohonan berlapis. Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti kedudukan tanah yang dipohon;

Ø  Menggunakan pelan berdekatan sedia ada. Maksudnya ada tanah berdekatan yang sudah ada geran,so anda boleh meminta salinan Photostat sebagai rujukan.

Ø  Menggunakan service jurukur swasta. Dalam hal ini anda terpaksa mengeluarkan wang untuk membayar perkhidmatan mereka.

Ø Menggunakan aplikasi https://pro.jtuwma.net/home#!/default. Bagaimanapun, hanya mereka yang mahir sahaja dapat menggunakan aplikasi ini dengan tepat.

SENTIASA RUJUK

Selepas borang akan dihantar ke Jabatan Tanah Daerah anda terpaksa menunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk mendapatkan jawapan. Anda perlu rajin merujuk permohonan tersebut kepada Jabatan berkenaan seandainya mahukan keputusan segera dari Jabatan Tanah. Kalau tidak, ada kemungkinan borang permohonan anda akan tersimpan bersama ribuan permohonan yang lain sehinggakan borang anda rosak dimakan anai-anai.

MEMAHAMI PROSES KELULUSAN TANAH

Sementara menunggu permohonan anda diluluskan atau tidak, perkara yang perlu difahami ialah proses dan prosedur yang ditetapkan kerajaan. Permohonan melibatkan tanah bukan semata-mata terletak di atas kuasa Jabatan Tanah tetapi juga melibatkan pelbagai agensi kerajaan. Agensi-agensi kerajaan yang akan dirujuk oleh JTU untuk meluluskan permohonan anda termasuklah;

o   Bahagian Pengurusan Sumber Air yang terletak di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran. Jabatan Pengairan dan Saliran perlu dimaklumkan tentang setiap permohonan tanah kerana permohonan tanah yang berada dalam rezab sumber air terutamanya kawasan sungai dan kawasan tadahan adalah tidak boleh dipohon kerana dikhuatiri akan mengganggu gugat kawasan tadahan air. Selain dari itu, penerokaan tanah dalam rezab sungai akan memberi ancaman kepada kualiti air sungai. Maka dengan itu, permohonan tanah dalam kawasan tadahan air dan rezab sungai adalah tidak diluluskan.

 

o   Jabatan Pertanian juga adalah agensi yang menentukan tanah sesuai untuk pertanian ataupun tidak. Jika sekiranya tujuan tanah adalah untuk pertanian, JTU akan meminta ulasan terlebih dahulu daripada Jabatan Pertanian. Permohonan tanah dalam kawasan rezab hutan simpan termasuk kawasan tanah yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan hidupan liar dan taman Negara pasti ditolak mentah-mentah.

MESYUARAT JAWATANKUASA TANAH DAERAH

Selepas melalui tapisan berbentuk ulasan dari pelbagai agensi barulah Jabatan Tanah akan menentukan Mesyuarat khas untuk membincangkan keputusan Permohonan Tanah dan disinilah tanah-tanah yang dipohon akan dibahas satu persatu samada mendapat sokongan atau tidak untuk tujuan kelulusan. Lazimnya mesyuarat jawatankuasa permohonan tanah ini akan diadakan di setiap daerah dengan wakil daripada setiap agensi yang terlibat.

Akhir sekali sebagai  pemilik tanah, adalah tanggungjawap anda untuk memberikan maklumat yang tepat dan borang yang lengkap ketika membuat  permohonan. Bagi tanah pusaka, adalah lebih baik sekiranya anah anda terus diusahakan bukan sahaja untuk menyokong permohonan anda tetapi juga bagi memastikan tanah anda tidak diambil sesuka hati oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

 

 

 


Catat Ulasan

1 Ulasan