Website Shutterstock adalah salah satu medium terkenal
bagi perkongsian dan penjualan photo.Anda boleh mendapatkan wang hasil daripada
gambar-gambar yang anda snap dengan mendaftar di Shutterstok. Pada kali ini
saya akan kongsikan cara-cara mendaftar di shutterstok, syarat-syarat yang
perlu anda patuhi dan langkah-langkah perlu agar anda berjaya menjual gambar di
laman web tersebut.
LANGKAH 1: DAFTAR di https://submit.shutterstock.com/
Anda akan lihat borang dengan tajuk : "Become a
contributer"
1, Isikan semua maklumat yang diminta. Pastikan anda
masukkan maklumat yang betul termasuk nama penuh dan email.
2. Selepas anda mendaftar anda diminta untuk membuat
pengesahan pada email anda.
3. Anda akan masuk ke bahagian dashboard dimana anda perlu
melengkapkan profail anda untuk tatapan umum.
NAH DA….BOLEH UPLOAD GAMBAR SUDAH
Sebaik sahaja pendaftaran selesai dan anda sudah klik pengesahan dalam email, anda sudah boleh upload gambar , video, ilustrasi, vector atau muzik.
Selepas itu, anda perlu menunggu team shutterstock
membuat review ke atas gambar yang anda upload.
Jangan lupa untuk melengkapkan deskripsi dan keywords untuk gambar anda. Ia untuk membolehkan pelanggan membuat carian dengan mudah. Sebaiknya deskripsi perlu ditulis dalam Bahasa Inggeris kerana ia akan memasuki pasaran antarabangsa.
Selepas anda menghantar imej tadi, anda akan menerima
email memaklumkan gambar anda sedang dalam proses untuk kelulusan. Anda
perlu tunggu sekurang-kurangnya 72 jam.
SYARAT-SYARAT UTAMA PENGHANTARAN GAMBAR / VIDEO
- Gambar mesti asli
- Tidak mempunyai watermark
- Mempunyai kejelasan sekurang-kurangnya 4 megapixel
TIPS AGAR GAMBAR YANG DIHANTAR DILULUSKAN
⃗ Pastikan gambar yang diambil benar-benar jelas. Sebagai
contoh, sekiranya anda mengambil gambar wajah, focus kepada mata bukan focus pada
lubang hidung!! Haha
⃗ Gunakan fast shutter speed (1/60 per saat ) untuk
mengurangkan blur.
⃗ Gunakan auto focus pada kamera
⃗ Pastikan cermin pada kamera bebas dari habuk, haba atau
kotoran
⃗ Pastikan tajuk dan kata kunci sesuai dengan gambar yang
diambil
⃗ Jangan letakkan water mark, tarikh gambar dan perkataan
dalam gambar
⃗ Jika sekiranya anda menyertakan gambar seorang model,
pastikan anda mengisi borang yang boleh didapati di https://submit.shutterstock.com/legal
⃗ Pastikan anda menanda Tag yang betul
KAEDAH CARA PEMBAYARAN
Sekiranya gambar anda lulus dan mendapat tempahan, maka
anda akan mendapat royalty daripadanya. Cara pembayaran adalah berdasarkan
tahap level anda.
Bagi photo, ilustasi dan vector yang anda hantar, anda
perlu lulus 100 gambar untuk mencapai tahap label 1 dimana pada tahap ini anda
akan dibayar sebanyak 15% daripada hasil jualan.
Bagi video pula anda hanya perlu lulus 10 video untuk
mencapai tahap label 1. Semakin banyak gambar dan video yang lulus, semakin
tinggi label dan bayaran yang akan diberikan.
Pihak shutterstock akan membuat bayaran setiap 1 dan 15 hb
sekiranya anda sudah mendapat sekurang-kurangnya USD35. Dan pastikan anda
mempunyai akaun PayPal, Skrill atau Payoneer kerana wang anda akan masuk
melalui kaedah ini.
BOLEHKAH HANTAR GAMBAR GUNA TELEFON BIMBIT?
Ya..memang boleh!!Anda boleh menghantar gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit anda. Apa yang penting, kualiti gambar yang dihantar perlu melebihi 4 megapixel.
Antara telefon berharga sederhana yang boleh mengambil gambar lebih 4 megapixel ialah telefon bimbit VIVO Y12.
Bagi pengguna Vivo, anda boleh melihat saiz pixel gambar dengan cara menekan pada simbol merah bulat di bawah; ( Gambar ini adalah gambar sebenar yang saya rakam melalui telefon bimbit Vivo Y12 )
![]() |
Yang ditanda merah adalah saiz resolusi gambar anda. |
0 Ulasan