PERKONGSIAN IKHLAS; KENAPA AKU GAGAL DALAM ADSENSE DAN APA ALTERNATIF LAIN
Sebagai
blogger tentunya kita semua mempunyai sasaran tertentu dan saya percaya sasaran
nombor satu ialah mendapat ganjaran hasil dari blog kita. Bagi anda yang sudah
lama dalam dunia blogging, tinggalkan sahaja artikel ini kerana perkongsian ini
hanya untuk rakan-rakan 'newbie'. Lagipun mungkin kamurang sudah jana
sekurang-kurangnya USD100 sebulan dengan Google Adsense. Betulkan? Bagilah
sikit..haha
Artikel
ini bukanlah panduan tentang Google Adsense kerana agak mustahil saya bagi
panduan padahal saya sendiri gagal dalam Google Adsense. Cuma perkongsian pengalaman ini mungkin berguna bagi mereka yang benar-benar newbie dan sedang berkira-kira mencari
peluang jana pendapatan tambahan melalui program pengiklanan Google Adsense.
Ok
saya teruskan kepada point-point bagaimana saya gagal dalam Google Adsense dan
di akhir artikel saya akan kongsikan beberapa alternative yang sudah terbukti
memberikan pendapatan tambahan melalui blog anda.
3 Kesilpaan kenapa
saya tidak lulus Google Adsense
1. KLIK IKLAN SENDIRI
Haha,
sebenarnya saya dahmula berjinak-jinak dengan Adsense ni lebih 10 tahun lalu. Aku saja buat-buat blog
untuk suka-suka dan meletakkan Google Adsense di blog aku. Masa tu dah lulus
pun, iklan Adsense dah melekat dalam blog aku, gatal tangan ‘TERKLIK IKLAN’
Adsense dalam blog. Apa lagi, Adsense terus tolak Adsense aku tanpa sebarang
amaran. Jadi nasihat saya, JANGAN KLIK IKLAN ADSENSE DI BLOG ANDA!!
2. TIDAK KONSISTEN MEMBUAT CONTENT
Selang
beberapa bulan cuba re’apply balik. Masih tidak berjaya. Google Adsense
memaklumkan bahawa blog saya tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sebab
apa? Google saya pada waktu itu masih terlalu baru dan artikel yang sempat ditulis tidak sampai 10 artikel! Saya silap dan terlalu mengikut emosi, maklumlah masih
muda dan masih ada potongan waktu itu..hehe.
3. MEMBUKA PELBAGAI AKAUN ADSENSE BARU
Selang
beberapa tahun, saya buka akaun baru. Masalah besar melanda, Adsense tidak
benarkan seseorang individu membuka lebih dari satu akaun. Anda boleh membuka sebanyak
mana akaun Google tetapi jangan sesekali membuka lebih dari satu akaun Adsense
sepertimana yang saya lakukan. Anda akan menghadapai masalah sekalipun untuk
memasuki akaun Adsense anda sendiri dan memasuki bahagian ‘setting’ untuk
tujuan membatalkan Adsense.
SARANAN AGAR GOOGLE ADSENSE ANDA LULUS
(Pui..buat
saranan sendiri tak lulus apa hal??!!)
Sebab
saya percaya google Adsense anda lulus dan berjaya sekiranya anda elakkan apa
yang saya telah buat di atas. Selain dari itu, sekiranya anda hendak serius
membuat duit dengan Adsense, saya cadangkan anda mempraktikkan kaedah-kaedah di
bawah;
- Buat content / artikel dengan konsisten sekurang-kurangnya satu atau dua kali seminggu. Buat artikel unik dan biarkan artikel anda berkembang sehingga 20 artikel barulah mendaftar dengan Adsense.
- Biarkan blog anda bebas dari sebarang iklan, barulah Adsense nampak blog anda masih teruna dara!! Anda akan diberikan hadiah di atas ‘kesegaran; blog anda.
- Baca banyak panduan berkaitan adsense terlebih dahulu. Ratusan panduan Adsense dari rakan-rakan blogger di luar sana.
JIKA
MASIH GAGAL DENGAN ADSENSE APA ALTERNATIF TERBAIK??
Jangan putus asa membuat blog. Masih
banyak peluang diluar sana yang menawarkan program pengiklanan yang sama
seperti Google Adsense. Malah proses kelulusan adalah lebih mudah berbanding
Adsense. Maka, tak perlu terhegeh-hegeh menagih ehsan dari Adsense sekiranya permohonan
anda tidak diluluskan.
Tapi
kalau anda masih berkeras nakkan Google Adsense yang sudah lulus, anda boleh
aja beli daripada individu tertentu. Cari saja mereka di group-group Adsense.
Memang ada yang menjual akaun Google Adsense serendah RM150 sehinggalah RM600
bergantung kepada content, revenue dan pageviews blog.
Alternatif
lain yang mampu jana pendapatan dari blog ialah program Affiliate dan Program
pengiklanan pesaing Google Adsense seperti
Ø Adsterra
Ø Adnow,
Ø Media.net.
Ø PropellerAds.
Ø Amazon Native
Shopping Ads.
Ø Adversal.
Ø Sovrn
//Commerce (Formerly VigLink)
Ø Skimlinks.
Ø Monumetric.
Ø
Bagaimanapun,
seperti dalam artikel saya sebelum ini bertajuk CARA MUDAH JANA DUIT USD, saya
sarankan anda mencuba Adsterra kerana ia sudah terbukti membuat bayaran kepada saya
sebagai publisher. Saya juga mempunyai akaun Adnow, namun saya dapati anda hanya akan
dibayar sekiranya iklan yang anda letakkan diklik oleh pengunjung. Setiap klik
dibayar USD.02sen sahaja.
Bukti pendapatan di Adsterra. USD25.53 dalam masa 2 minggu, sementara USD18.20 secara auto dipindahkan ke akaun Paxum saya. |
Akhir sekali, perkongsian ini adalah ikhlas dari saya dan diharap serba sedikit dapat membantu mereka yang baru dalam Google Adsense, mereka yang tidak lulus dalam Adsense dan mereka yang ingin mencari kaedah jana duit melalui blog.
1 Ulasan
Samalah. GA saya pon kene tolak jugak😅
BalasPadam