KEPENTINGAN PENGGUNAAN GOOGLE ANALYTICS UNTUK TINGKATKAN PENGUNJUNG BLOG

 JIKA NAK JADI PESAING UNTUK DAPAT PAPARAN DI ENJIN CARIAN

Saya bukanlah pakar sangat dalam dunia blogging berbanding ratusan otai-otai di luar sana. Bagaimanapun ada beberapa pengalaman menarik yang saya suka kongsikan khasnya kepada anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog. Siapa tahu ia dapat membantu blog anda keluar menjadi pesaing untuk mendapat paparan pertama di enjin carian.

Real time performance yang boleh dilihat dalam Google Analytics


APA SEBAB BLOG TENGGELAM?

Satu ketika dahulu blog infokinabalu tenggelam  dan tidak berkembang disebabkan faktor-faktor tertentu, dan salah satunya ialah meninggalkan blog ini tanpa sebarang update terbaru. Selepas membuat penelitian saya dapati beberapa artikel telah membantu menghidupkan blog infokinabalu sehingga mendapat pageviews sehingga 45,000 dan meningkat secara drastik sehingga 200,000 pv selepas 6 bulan!!

Penggunaan Google analytics dan statistic blog banyak membantu saya untuk mengenalpasti

ü  sumber trafik

ü  Peranti yang digunakan

ü  Jumlah pengunjung  (PV),

ü  Lokasi pengunjung

ü  apa yang diorang cari di blog kita

ü  statistik bulanan /tahunan /sepanjang masa

ü  Browser yang digunakan dan banyak lagi

Pendek kata, semua maklumat buka lagi satu misteri bagi anda.

KAEDAH MENGENALPASTI KEKURANGAN DAN KEKUATAN BLOG

Penggunaan google analytic juga akan memudahkan kita mengenalpasti kekuatan blog kita. Ini adalah satu proses dimana seseorang blogger akan menjadi lebih berdaya saing dan memahami dengan lebih baik kelebihan dan kekurangan pada blog seterusnya menambahbaik kaedah-kaedah SEO.

Google Analytic versi terkini tampil dengan paparan lebih menarik dan multi fungsi. Bagi saya sendiri, fungsi-fungsi dibawah adalah fitur-fitur kegemaran saya

ü  Real time / content – Menampilkan jumlah pelawat secara ‘real time’ dan content pula mana satu url di blog yang sedang digunakan pengunjung.

Berdasarkan data yang ditunjukkan dalam Google Analytics, saya dapat rumuskan bahawa ‘keywords’ yang sering dicari oleh pengunjung di blog saya ialah posting-posting yang menjurus kepada kata kunci berikut;

 

ü  Cara Untuk ….

ü  Bagaimana Untuk ….

ü  Posting berkaitan isu-isu viral terkini

ü  Posting berkaitan Cerita-cerita seram

ü  Lirik lagu-lagu popular

ü  Posting berkaitan informasi popular


Saya juga mendapati pengunjung organik tidak menggemari tajuk-tajuk ‘catchy, malah tajuk-tajuk berbentuk ‘catchy’ tidak mesra SEO. Jadi kesimpulan yang saya dapat ialah tajuk-tajuk ‘catchy’  boleh dipraktikkan sekiranya anda rajin membuat share dalam media sosial dan mempunyai pengikut sedia ada yang ramai. Bagaimanapun sekiranya anda seorang yang tidak gemar ‘share’posting anda dan mengharapkan kunjungan organic semata-mata, lebih baik anda memilih tajuk yang sesuai dan direct kepada artikel anda. Bagaimanapun, ia sebenarnya masih terletak kepada kreativiti anda!!

KEKUATAN LIRIK LAGU DAN CERITA SERAM

Agak mengejutkan kerana posting berkaitan lirik lagu merupakan antara tarikan pengunjung ke blog infokinabalu. Disamping itu, cerita-cerita seram seperti ‘misteri bilik 13 sandakan’ adalah posting yang membantu menambah PV blog saya!! Kaedah dan kata kunci yang hampir sama saya dapati dipraktikkan juga oleh mereka yang mempunyai pelbagai niche seperti infokinabalu.com.

INFO TAMBAHAN DAN KESIMPULAN.

Sebagai info tambahan dan penting untuk peningkatan ranking SEO, jangan lupa  baca posting terdahulu iaitu “ KAEDAH TERKINI MENINGKATKAN RANKING BLOG”. Artikel ini adalah berkaitan kepentingan penggunaan Google Search Console.  

Sebagai kesimpulan, 3 perkara berikut menjadi nadi kepada perkembangan blog saya

ü  Pemilihan keywords / tajuk sesuai,

ü  Penggunaan Google Analytic

ü  Google Search Console

ü  Dan sudah tentu konsistensi. Bagaimana dengan anda??

 

 

 

 

 

 




Catat Ulasan

0 Ulasan