MENGENALI FUNGSI-FUNGSI PADA KAMERA TELEFON BIMBIT
Salah satu tarikan utama pada telefon bimbit ialah
kualiti pada kamera. Semakin tinggi kualiti pada telefon bimbit, semakin
tinggilah harga telefon tersebut. Sekiranya anda mementingkan
kualiti kamera pada telefon bimbit anda, anda mungkin sanggup membelinya meskipun harga
mencecah ribuan ringgit. Apatah lagi sekiranya anda terlibat dalam bisnes
photografi!
Pada masa kini, telefon berharga sederhana juga mempunyai kapasi kualiti kamera yang tinggi. Malah rata-rata telefon bimbit berharga dalam lingkungan RM500 memiliki kualiti kamera sehingga 10 mega pixel. Dan tahukah anda, disamping memiliki kemampuan menangkap gambar pada resolusi tinggi, ia juga hadir dengan pakej-pakej tertentu yang boleh diubah mengikut kesesuaian. Ok jom mari kita lihat apakah ciri-ciri tersebut;
DWI KAMERA
Telefon terkini seperti Redmi Note 6 Pro, Vivo Y12s, Huawei Honor 6, Apple IPhone
Plus, Linovo Pub 2 Plus, Samsung Galaxy A20 adalah telefon dwi kamera. Saya percaya, ramai yang agak keliru dengan pengertian dwi kamera pada smartphone sehinggakan
ada yang menganggap ia sebagai kamera ketiga.
Redmi Note yang dijual sekitar RM449 adalah Dual Camera. |
Sebenarnya dual (dwi) kamera pada smartphone adalah terdiri dari
satu set kamera sahaja. Ia saling bekerjasama tetapi mempunyai fungsi masing-masing. Bukan bermakna anda mengetik sekali dan keluar dua gambar!! Ia tetap gam,bar yang sama. Dwi Kamera ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pada gambar yang diambil termasuk meningkatkan
ketajaman pada objek yang digambar. Selain itu ia adalah untuk mengaburkan latar
belakang pada objek utama yang digambar. Teknologi dwi kamera ini adalah satu idea kehadapan menghampiri potensi yang ada pada kamera DSLR.
HDR
HDR ( High Dynamic Ranges ) adalah salah satu ciri
penting dalam kamera yang berkualiti tinggi. Hampir semua telefon terkini
mempunyai fungsi HDR. Namun apakah sebenarnya fungsi HDR pada kamera telefon bimbit anda? Apa kah anda pernah
menggunakan fungsi HDR?
Fungsi HDR tidak lain selain menambahkan kualiti pada
gambar yang diambil, bagaimanapun ia perlukan daya kreativiti anda untuk
mendapatkan hasil yang dikehendaki. Ia juga tidak perlu digunakan sepanjang masa. Sebagai contoh, anda tidak perlu menggunakan
HDR untuk menangkap imej yang bergerak. Anda juga tidak perlu menggunakan HDR
apabila berada di bawah cahaya matahari yang terik. HDR mampu
meningkatkan kualiti pada gambar dengan menambah imej
jalur-jalur dinamik pada gambar.
BOKEH
Bokeh pada kamera telefon anda adalah alat yang penting untuk menjadikan gambaran anda lebih fokus dan tajam. Fokeh digunakan untuk menangkap gambar dengan memberikan focus pada objek utama yang digambar dengan cara mengaburkan latar belakang.
Kebanyakan kamera terkini sudah disediakan dengan
kemudahan bokeh. Anda hanya perlu menekan simbol bokeh pada bahagian setting. Ia
jauh lebih mudah berbanding menggunakan kamera DSLR kerana apabia anda
menggunkan DSLR anda perlu ubah setting kepada aperture yang lebih besar contohnya F/2.8 untuk mendapat gambar
yang jelas dan lebih terperinci. Antara telefon terkini yang mempunyai ciri
bokeh ialah Vivo Y12 dan Samsung Galaxy Y10.
FRAMING LINES
Fame Line adalah garisan pada skrin ketika anda memasang
kamera dan berbentuk garis-garis segiempat bersambung. Fungsi Frame Line ini
adalah untuk memudahkan anda mengambil gambar dengan lebih tepat. Dengan adanya
Frame Lines ini anda tak perlu bersusah payah menumpukan kepada objek yang anda
gambar. Untuk menggunakan fungsi Framing
Lines, pastikan fungsi Framing Line sudah dipasang bahagian Setting.
SIAPA TAHU ANDA MENJUAL PHOTO ANDA DI SHUTTERSTOK
Demikian lah serba sedikit perkongsian berkaitan
fungsi-fungsi tertentu pada kamera telefon bimbit. Diharap gambar-gambar yang
anda ‘snap’ kelak akan lebih menarik dan jelas. Siapa tahu anda dapat
menjualnya secara online di Shutterstok!!
0 Ulasan