KEPENTINGAN MENARIK TRAFIK ORGANIK

BLOG TIPS UNTUK BLOGGER BARU

Trafik organic ialah pengunjung web yang menjumpai blog kita melalui enjin carian termasuk Google, Yahoo dan Bing. Manakala trafik  referrel pula adalah pengunjung yang datang melalui pautan samada melalui iklan, pautan blog, facebook, Pinteres dan sebagainya. Selalunya pengunjung referel hadir melalui promosi manakala pengunjung organic hadir dengan pencarian sendiri dalam enjin carian.

PENGUNJUNG ORGANIK VS PENGUNJUNG DIRECT / REFERER

Dengan memahami dua kaedah ini, kita akan dapat mengenalpasti bagaimana untuk menarik lebih banyak trafik ke blog kita. Pada pandangan saya, dua kaedah ini mempunyai skop kerja SEO yang berbeza sama sekali. Melalui pengalaman dan perincian yang saya perhatikan melalui Google Analytic, pengunjung organik lebih banyak singgah ke blog saya berbanding pengunjung referel atas sebab-sebab berikut;

  1. Tak aktif berkongsi pautan dalam media sosial
  2. Tak aktif aktiviti blogging walking
  3. Tak mempunyai pengikut yang ramai
  4. Tidak pernah membeli buat promosi

Disebabkan blog ini lebih diminati pengunjung organik, saya mengenalpasti beberapa keyword yang telah membantu melonjakkan PV. Di bawah ialah frasa perkataan atau kata kunci yang sering ditaip oleh pengunjung dalam kotak enjin carian.

  1. Bagaimana Untuk..
  2. Cara-cara..
  3. Tips untuk

Perincian lain terdapat dalam artikel terdahulu di pautan 

KAEDAH PENCARIAN DARI GOOGLE

Seperti yang diketahui, apabila kita menaip pencarian dalam kotak enjin carian, ia akan keluar secara auto berbentuk pertanyaan dan soalan. Jawapan-jawapan yang relevan terus redirect ke blog yang memberikan jawapan yang sesuai.


kepentingan menarik trafik organik
perincian pencarian di Google Search


Dengan memahami kaedah ini, sedikit sebanyak mampu memberikan gambaran yang jelas bagaimana mempraktikkan setiap penulisan dalam blog. Disamping memberikan maklumat yang tepat dan jelas, blogger mesti pandai bermain dengan kata-kata untuk disesuaikan mengikut kehendak google.

KEPENTINGAN TRAFIK ORGANIK

Berbeza dengan trafik referel, trafik organik merupakan trafik yang lebih berkualiti dan digemari oleh pengiklan. Mereka yang datang secara organiK menjumpai blog kita melalui keywords dalam kotak enjin carian dan mereka adalah audience yang sedang mencari maklumat khusus. Maklumat yang dicari dan diperolehi kemudiannya akan menjadi sumber rujukan seterusnya membolehkan pengunjung tadi menjadi prospek yang berpotensi tinggi.

KEPENTINGAN TRAFIK REFERER / DIRECT

Trafik direct atau referrel datang dari media sosial, iklan dan ,pautan blog dan email. Salah satu kaedah menarik trafik direct ialah melalui tajuk-tajuk artikel yang ‘catchy’, perkongsian di media sosial dan pengiklanan Google Ads. Dari segi pemasaran, trafik direct masih dianggap penting bagaimanapun, kajian mendapati trafik direct / referrer ini perlu maklumat susulan untuk mempengaruhi pembaca tadi menjadi bakal prospek.

Content creator yang mempunyai pengikut yang ramai tidak menghadapi masalah yang besar untuk menarik prospek. Golongan artis, influencer, youtuber mampu jana pendapatan yang lumayan sekiranya memiliki ratusan ribu pengikut.

KESIMPULAN.

Maka, sekiranya anda adalah blogger baru dan tidak mempunyai pengikut yang ramai, adalah penting untuk mempraktikkan pemilihan tajuk dan keyword yang betul kerana kita banyak bergantung kepada pengunjung organik. Namun pada masa yang sama, jangan ambil mudah kepentingan pengunjung direct.

 

 

 

Catat Komen

0 Ulasan