MENYESAL TAK BELI BITCOIN PADA TAHUN 2009? KINI HARGA
MENCECAH RM260,000.00
Pada tahun 2011, harga 1 bitcoin
hanyalah sekitar USD1 atau RM3.50. Sepuluh tahun selepas itu (2021) harga
bitcoin mencecah USD65,000 ( RM260,000.00 ).
KISAH MISTERI BITCOIN
Bitcoin adalah peneraju utama dalam
crytopcurrency. Sehingga kini, sistem matawang digital ini semakin berkembang
sehingga digunakan secara meluas sebagai transaksaksi dalam pelbagai
perniagaan, perkhidmatan dan perniagaan matawang.
Mungkin ada antara anda yang pernah mendengar Bitcoin, diasaskan secara misteri oleh seorang yang bernama Satoshi Nakamoto. Hal Falley adalah nama yang disebut-sebut sebagai antara pengasas awal Bitcoin. Beliau jugalah yang menyebut nama Satoshi Nakamoto dalam siri email yang disiarkan pada tahun 2013. Kematian Hal Finney pada tahun 2014 mengakibatkan pengasas utama Bitcoin kekal misteri sehingga kini. Namun demikian, terdapat tanggapan bahawa individu bernama Satoshi Nakamoto sengaja menghilangkan diri untuk memastikan harga pasaran Bitcoin tidak jatuh.
CRYPTOCURRENCY DI MALAYSIA
Cryptocurrency di Malaysia tidak disokong
sepenuhnya oleh undang-undang kerajaan. Ini kerana sistem cryptocurrency
dikhuatiri menjadi bahan negatif untuk melaksanakan perkara-perkara yang
menyalahi undang-undang seperti pengubahan wang haram, perjudian , penipuan,
pemerdagangan manusia dan sebagainya. Namun realitinya, cryptocurrency adalah system
matawang digital yang semakin diterima di merata tempat di dunia dan pastinya
bakal menjadi trend transaksi masa hadapan.
CRYTPCURRENCY SEMAKIN BERTAMBAH
Selepas wujudnya Bitcoin, semakin
banyak cryptocurrency yang wujud termasuk Etherum, Ripple, Doge, Theter,
Cardano, Litecoin dan sebagainya. Ia hampir melepasi 1000 cryptocurrency !!
Semua cryptocurrency ini mempunyai nama matawang yang berbeza contohnya Bitcoin
menggunakan BTC, Etherum Eth, Ripple XRP, Dogecoin Doge dan Litecoin LTC. Bagaimanapun
sebanyak-banyak cryptocurrency yang wujud, Bitcoin masih berada pada kedudukan
paling tinggi dengan nilai mencecah USD65,000 untuk 1 BTC.
AZIZI ALI SUDAH MEMBERI PETUNJUK
PADA TAHUN 2017
Beberapa tahun lalu, mentor kewangan Malaysia, Azizi Ali sempat mengeluarkan satu buku bertajuk Rahsia Bitcoin yang dijualnya hanya RM39.90 sen sahaja. Pada waktu tersebut harga 1BT masih dalam lingkungan 'murah' sekitar USD1,000 (RM4,000 ) pada Januari tetapi mencecah USD19,000 pada hujung tahun 2017!! Namun pada masa kini, ia pernah mencecah ke langit sehinggakan pada pertengahan April 2021 iaitu USD65,000 ( RM260,000 ) untuk 1BT! Jadi anda boleh bayangkan sekiranya anda menurut nasihat Azizi Ali, mungkin anda kini jadi jutawan Bitcoin.
KESIMPULAN
Pada tahun 2021 ini, memilik 1BT
adalah hampir mustahil bagi kebanyakan penduduk di Malaysia. Dengan harga yang
semakin tinggi ini, mereka yang berfikiran jauh sudah pastinya sudah memiliki
kekayaan hasil dari melabur dalam Cryptocurency. Sebenarnya memang terdapat
segelintir rakyat Malaysia yang terlibat dalam pelaburan Cryptocurrency dan ada
yang sudah menjana sehingga ratusan ribu ringgit. Namun demikian, lebih ramai
yang bersikap skeptikal daripada mencuba sendiri kerana takut akan kehilangan
wang. Memang benar, kita perlu belajar dan mengkaji beberapa perkara sebelum
terjun ke dunia cryptocurrency.
0 Ulasan