Adakah anda sedang mencari alternatif lain melabur wang anda selain ASB, Public Mutual , CIMB Principal, Emas dan sebagainya? Matawang wang digital seperti Bitcoin, Etherum, Ripple dan Litecoin adalah sebahagian kecil daripada ribuan matawang cryptocurrency pada masa kini. Namun demikian, Bitcoin adalah peneraju kepada kewujudan cryptocurrency yang mana sepuluh tahun lalu tidak diendahkan oleh masyarakat dunia.
![]() |
imej credit : japantimes.co.jp |
Daripada harga serendah USD1 pada tahun 2009, kini harga 1
BTC telah mencecah USD65,000! Sekiranya anda melabur sepuluh tahun lalu anda
kini mungkin sudah menjadi jutawan. Namun demikian, jangan bimbang kerana anda
masih boleh melabur dalam cryptocurrency dengan mudah melalui cara-cara di
bawah.
Luno Malaysia adalah salah satu platform yang mendapat kelulusan
Suruhanjaya Security Malaysia untuk melakukan transaksi cryptocurrency. Anda
boleh mendaftar dengan Luno dan membuat pelaburan serendah RM50 ke dalam
e-wallet Luno. Melaui Luno anda boleh melabur dalam empat cruptocurency iaitu,
Bitcoin (BTC), Ettherum (Eth), Ripple (RPX) dan Litecoin (LTC).
Sekiranya anda berminat bolehkah ikuti lengkah mudah
seperti yang saya terangkan di bawah
Sebelum anda mendaftar, pastikan anda mempunyai:
1. Perbankan internet atau Kad Kredit /Kad Debit.
2. Mempunyai akaun Gmail , Apple atau Facebook. Pilih salah
satu sahaja.
Kemudian ikuti langkah berikut;
1. Masuk ke website Luno.com
2. Daftar dan isikan semua maklumat yang diminta.
3. Sediakan gambar Kad Pengenalan atau Lesen Memandu . Ambil
gambar dengan terang dan jelas melalui phone anda kerana anda perlu upload
dokumen ini untuk pengesahan.
4. Berikan semua dokumen yang diminta termasuk imbasan jari
dan muka.
5. Tunggu proses pengesahan dalam masa 24 jam.
Mendaftar dan melabur dalam Luno Malaysia sangat mudah berbanding
platform-platform yang lain. Selain itu, ia menerima deposit wang daripada
bank-bank tempatan di Malaysia. Maka, sekiranya anda baru berjinak-jinak dalam
dunia Crypto, anda boleh lakukan dengan mudah melalui Platform Luno sahaja.
Sebenarnya di Malaysia, hanya terdapat 3 syarikat yang
mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti. Selain Luno, dua lagi syarikat lain
ialah Synergy dan Tokenize. Anda boleh lihat di laman web SC di sini (https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/recognizedmarkets/list-of-registered-digital-asset-exchange)
Namun demikian, ramai rakyat Malaysia yang memilih exchanger cryptocurrency
lain termasuk Binance, Etoro, numoney, openbit dan banyak lagi.
Mengapa anda perlu melabur dalam Cryptocurrency?
1. Cryptocurrency adalah satu aset digital yang sangat berpotensi
dan bersifat futureristic.
2. Sangat mudah disertai. Anda tak perlu beratur di bank atau
mengisi dokumen yang rumit.
3. Anda boleh jana keuntungan dengan sekelip mata melalui
proses jual dan beli.
4. Anda boleh pantau sendiri perjalanan pelaburan anda.
5. Pelaburan serendah RM50
KELEMAHAN PELABURAN CRYPTOCURRENCY
1. Tidak mendapat jaminan oleh Bank Negara. Maknanya wang anda
berpotensi hilang begitu sahaja. Ia tidak dipantau oleh kerajaan.
2. Turun naik yang tidak dijangka. Adakanya ia naik sehingga
300 % kemudian turun mendadak sehingga negatif 40%-70%. Maknanya anda boleh
mendapat wang dengan banyak atau sebaliknya anda boleh kehilangan wang sehingga
puluhan ribu ringgit.
3. Sering dimanipulasi orang entiti yang tidak
bertanggungjawap. Anda mungkin terdedah kepada scammer terutama melalui media social.
APA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MELABUR?
Pastikan anda mendapat informasi yang lengkap dan belajar
berkaitan cryptocurrency dari orang yang berpengalaman.
Jangan terus melabur dalam amaun yang banyak sehingga anda
benar-benar faham.
KESIMPULAN
Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru dan bersedia
berhadapan dengan risiko, saya sarankan anda untuk cuba membuka akaun
cryptocurrency. Bagaimanapun, mengikut pemerhatian dan pengalaman saya,
pelaburan cryptocurrency adalah satu lubuk emas yang tersembunyi untuk menjana
kekayaan. Namun ia bergantung seratus peratus kepada kebijaksanaan anda.
Seperti pelaburan-pelaburan lain, banyak faktor yang perlu diperhalusi sebelum
terjun ke dunia pelaburan.
0 Ulasan