TIPS MEMILIH TV DAN CARA JIMATKAN BIL ASTRO

KELEBIHAN TV ANDROID  DAN CARA JIMATKAN BIL TANPA ASTRO

Ramai yang mengeluh dengan bayaran langganan Astro yang dikatakan agak mahal dan membebankan. Apatah lagi pada masa pandemik ini sudah tentu banyak masa dihabiskan di rumah bersama dengan keluarga. Sudah tentu sedikit sebanyak program di TV mampu menghilangkan kebosanan apatah lagi mereka yang minat menonton movie mahupun perlawanan bola sepak secara langsung.

Rangkaian liputan dan kelajuan internet yang semakin baik memberi peluang kepada semua orang mencari alternatif terbaik bagaimana menonton movie, program TV atau menonton perlawanan bola sepak tempatan atau antarabangsa. Sebagai salah seorang peminat tegar perlawanan bola sepak, saya sebelum ini telah mendedahkan cara menonton perlawanan secara ‘live streaming’ di internet dalam satu artikel . Namun, kaedah yang saya kongsikan lebih kepada cara menonton siaran langsung live EPL melalui komputer atau laptop sahaja. Pada kali ini, saya telah mendapatkan sebuah TV Android agar saya dan keluarga mampu menikmati siaran movie dan live streaming dengan lebih jimat dan memuaskan.  



KELEBIHAN ANDROID TV

Tahukah anda, dengan TV Android anda boleh jimatkan ratusan bil Astro! Malah anda boleh menonton semua program Astro secara Full Package dengan bayaran serendah RM15 sebulan atau RM250 seumur hidup!! Malah anda boleh menonton movie Netfliks dan semua siaran dari seluruh dunia dengan menggunakan hanya satu Apps yang anda perlu ‘install’ di TV android anda. Dengan adanya TV Android anda tak perlu membeli Android Box seperti LongTV, dan sebagainya yang berlambak dijual di pasaran. Apa yang anda perlu anda lakukan hanyalah memilih jenis Apps kemudian membeli Id dan Password daripada penjual.

JENIS-JENIS ANDROID TV

Pada masa kini android TV hadir dari pelbagai jenama seperti Xiaomi, Skyworth Toshiba, LG, Samsung dan sebagainya. Persaingan ini menyebabkan anda boleh memilih mengikut harga serendah RM899 bagi TV bersaiz 32 inci sehinggalah mencecah puluhan ribu ringgit.  Sekiranya anda takut keluar rumah untuk membeli TV anda boleh memesan secara online atau membuat pembelian secara COD di kedai TV pilihan anda. Anda tak perlu risau kerana kebanyakan TV Android pada masa ini hadir sedia ada dengan Remote Youtube, Netfliks dan dilengkapi dengan capaian Cast-Chrome. Cast Chrome ini adalah satu aplikasi dalam TV yang membolehkan anda menghubungkan peranti telefon bimbit dengan TV Android anda dengan mudah.

KELEMAHAN MENONTON SIARAN LIVE MELALUI APPS

Jika dibandingkan dengan program Live di Astro, terdapat ‘delay’ sehingga 1 atau 2 minit bergantung kepada server dan kelajuan data internet yang anda gunakan. Sebagai contoh, perlawanan bola sepak yang sepatutnya berlangsung tepat jam 8.00, anda hanya dapat tonton pada 8:02 minit . Bagaimanapun, kelemahan seperti ini sebenarnya tidaklah terlalu merisaukan memandangkan kualiti siaran HD dan UHD yang dipaparkan adalah standing dengan Astro. Malah kebanyakan apps yang dijual dipasaran menyokong pelbagai parenti android termasuk telefon pintar, tablet dan TV android.

JENIS-JENIS APPS YANG TERKENAL.

Skywatch dan NanoTv adalah dua Apps yang menyediakan kemudahan live streaming dan movie dengan yuran yang sangat berpatutan iaitu serendah RM15 sebulan. Anda juga boleh memilih pakej sebulan, 3 bulan, 6 bulan setahun atau pakej lifetime serendah RM250 sahaja. Jika sekiranya anda belum pernah mengenali Apps ini, anda boleh membuat carian di Facebook, Internet atau paling mudah di Shopee dengan menaip IPTV Id.




CARA INSTALL APPS DI ANDROID TV

1. Buka Playstore / Google Play

2. Buat carian AFTVNEWS

3.Tekan pada downloader Aftvnews dan install

4. Perdi ke Downloader dan anda akan nampak browser

5. Taip pautan yang diberikan penjual " contoh https://aftv.news/12345

6. Tekan Go

7. Dia akan download dan terus install kemudian pada setting tekan " allow "

8 Buka apps dan masukkan Id dengan password yang diberikan penjual.

Catat Ulasan

0 Ulasan