PERKONGSIAN PENTING BAGI ANDA YANG SEDANG CARI PINJAMAN SAH ONLINE
Sekiranya
anda berhasrat mencari pinjaman yang sah secara dalam talian, tips ini mungkin
berguna. Jangan sampai anda menjadi salah seorang mangsa yang terjerat dalam
penipuan pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.
Artikel ini
ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang pernah berurusan dengan
banyak agensi yang mengiklankan tawaran terutama dalam media sosial. Pada masa
sama, di sini juga saya berani mengesahkan bahawa bukan semua iklan wang merupakan
‘scammer’. Sebabnya, saya pernah berurusan dengan agen-agen yang sememangnya
wakil bank atau koperasi yang sah.
Aplikasi I-KrediKom |
JENIS-JENIS
PEMBERI PINJAMAN WANG
Sebelum ke
langkah pertama, pastikan anda dapat mengenalpasti jenis-jenis agensi yang
meminjamkan wang . Jika anda melihat banyak iklan di media sosial, ia datang
dari pelbagai agensi termasuk ;
1.
Pinjaman
Syarikat Berlesen – Pinjaman Wang dari Syarikat berlesen adalah agensi yang
menyediakan pinjaman mudah dengan syarat-syarat yang minima. Pinjaman ini tidak
memerlukan dokumen yang rumit cukup dengan bukti pendapatan anda. Anda juga
boleh memohon pinjaman meskipun nama anda disenarai hitam oleh pihak bank dan mempunyai
dokumen yang mencukupi, anda sudah mendapat sejumlah wang yang anda perlukan.
Pinjaman Wang Berlesen mempunyai premis dan cawangan di seluruh Negara.
Kebiasaannya ia terletak di bangunan-bangunan kedai. Syarat utama Pinjaman Wang
Berlesen ialah perlu menpunyai pendapatan tetap. Disamping itu, sebahagian syarikat
meminta anda memberikan Kad Bank atau cagaran bagi mereka yang bekerja sendiri.
Untuk mengenalpasti bahawa syarikat ini mempunyai lesen, anda perlu memastikan
mereka mendapat lesen daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Agensi
Peminjam Wang Berlesen juga dikenali sebagai Pinjaman Wang Komuniti.
2.
Pinjaman
Koperasi – Pada asasnya,Pinjaman Koperasi adalah syarikat atau agensi besar
yang mempunyai lesen yang sah dan terikat kepada undang-undang koperasi. Antara
agensi yang terkenal ialah Co-opBank Pertama, Yayasan Ihsan Rakyat, KOBETA,
Sabah Kredit dan Yayasan Koperasi Ukhwah. Permohonan pinjaman wang daripada
koperasi memerlukan beberapa dokumen seperti slip gaji dan bukti pendapatan
bagi peniaga. Antara keistimewaan pinjaman koperasi ialah syarat-syarat yang
minima dan kelulusan yang pantas. Disamping itu kadar interest yang dikenakan
adalah agak rendah jika dibandingkan dengan bank-bank komersil dan Syarikat
Berlesen.
3.
Pinjaman
Bank- Semua bak-bank komersil di Malaysia memberikan kemudahan pinjaman wang
kepada pelanggan mereka. Anda perlu mengambil peluang semasa tempoh promosi
untuk mendapatkan kadar interest yang jauh lebih murah dan mengikut pemerhatian
penulis banyak bank yang menawarkan pinjaman yang agak rendah pada masa
pandemik ini. Sebagai contoh, Bank Muamalat Malaysia menawarkan kadar interest
serendah 2.15% setahun untuk pinjaman peribadi bagi mereka yang layak. Selain
dari Bank Muamalat, Agro Bank juga menawarkan kadar faedah yang jauh lebih
rendah berbanding bank-bank komersil yang terkenal. Pinjaman wang daripada bank
adalah indaman semua pemohon. Bagaimanapun, seperti yang anda tahu, pinjaman
melalui bank memerlukan syarat-syarat yang agak ketat. Antaranya, anda tidak
termasuk dalam senarai hitam dan anda perlu mempunyai pendapatan yang baik.
4.
Pinjaman
Wang Tidak Berlesen ( Ah Long ) – Pinjaman wang tidak berlesen ini sering
berselindung di bawah Peminjam Wang Berlesen!! Pinjaman ini sangat bahaya
kerana sering dikaitkan dengan Ahlong. Anda harus berhati-hati kerana modus
operandi mereka seolah-olah menyerupai Peminjam Wang Berlesen.
5.
Pinjaman
Wang Tidak Wujud. – Scammer ini sering membuat iklan-iklan menarik di media
sosial. Sasarannya adalah mereka yang terdesak tidak kira golongan mana
sekalipun.
8 TIPS AGAR ANDA TIDAK MENJADI MANGSA PENIPUAN PINJAMAN WANG DI MEDIA SOSIAL.
- Pastikan bahawa mereka daripada agensi yang sah dengan menyemak lesen mereka dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Anda boleh memeriksa melalui aplikasi i-KrediKom di Google Play untuk melihat status pendaftaran syarikat tersebut.
- Tanya samada mereka mempunyai premis dan buat siasatan lokasi premis yang diberikan. Jika sekiranya premis tidak wujud, lupakan hasrat anda untuk membuat pinjaman dengan mereka
- Jangan sesekali memberikan apa-apa wang pendahuluan. Sudah banyak kes dimana mangsa memberikan wang pendahuluan sebagai wang proses, komitment fee, stamp, surat perjanjian dan sebagainya. Jangan sesekali terpedaya dengan tipu helah.
- Agen yang sah dari koperasi dan bank mampu mengakses data kewangan anda tanpa mengenakan apa-apa bayaran.
- Agen yang sah lebih professional dalam apa-apa rundingan. Mereka akan berterus terang sekiranya pinjaman anda lulus atau ditolak.
- Lazimnya, agen yang sah tidak akan menghubungi anda pada waktu malam hari atau waktu tidak sepatutnya.
- Profail dalam Whatapps menggunakan wajah-wajah menarik ala-ala artis Korea.
- Hubungi Hotline Koperasi atau Bank sekiranya anda ragu- ragu dengan agen.
0 Ulasan