FAKTA TENTANG AISKRIM YANG ANDA PERLU TAHU

 

3 FAKTA MENARIK BERKAITAN ICE CREAM

Ice Cream dikatakan berasal dari tanah besar China 200 tahun sebelum masihi.

 

Di Italy, Aiskrim dikenali sebagai Gelato

Aiskrim Magnum, sebuah jenama aiskrim Belgium adalah aiskrim paling digemari di dunia menurut Euromonitor! Ia mencatat jualan 2.54 billion pada 2015 diikuti aiskrim Häagen-Dazs. Tempat ketiga ialah Cornetto kemudian diikuti aiskrim Ben & Jerry’s.

1. 

2

JENIS-JENIS AISKRIM YANG POPULAR

Gelato – Aiskrim dikenali sebagai Gelato di Italy. Gelato diperbuat daripada susu tanpa mengandungi telur. Gelato jarang dijumpai di Malaysia namun sekiranya anda ke Eropah, ia dijual sekitar USD4.00 sebiji.

Kufli – Kufli adalah aiskrim kebanggaan India. Ia diperbuat daripada susu yang dipanaskan perlahan –lahan sehingga menjadi karamel pekat. Biasanya ia dihidangkan pada sebatang kayu dan ia lebih berkrim berbanding aiskrim biasa.

Frozen Yogurt

Aiskrim Frozen yogurt biasanya lebih lembut dan rasa manis  masam. Ia dihidangkan pada sebatang kon atau gelas dan ditaburi serbuk pelbagai rasa. Frozen Yogurt agak popular di pasaraya-pasaraya di Malaysia kerana rasanya yang lembut dan berkrim.

Mochi

Aiskrim ini agak jarang dijumpai namun ia masih boleh didapati dipasaraya besar di Malaysia. Aiskrim ini berbentuk dan dimakan seperti bun. Sesuai dengan namanya, Mochi berasal dan popular di Jepun

 

Kebaikan Memakan Aiskrim Yang Mungkin Anda Tidak Tahu 

4.    Komponen utama ice cream terdiri daripada susu. Susu yang mengandungi kalsium dan posporus adalah baik untuk tulang dan gigi. Ice cream juga mengandungi vitamin A dan D.

5.     Memakan ice cream dikatakan mampu menajamkan minda. Menurut kajian Kyoron University di Tokyo, orang yang memakan aiskrim lebih peka berbanding orang yang hanya meminum air sebagai sarapan.

6.     Kalsium yang terdapat pada ais krim mampu mengurangkan risiko diserang kanser kolon.

7.     Memakan aiskrim mampu meningkatkan metabolisme seterusnya meningkatkan mood.

Keburukan Ice Cream

1.     Memakan aiskrim secara berlebihan meningkatkan kadar gula dan kalori dalam badan. Maka, ia tidak baik untuk kesihatan jangka panjang.

2.     Kandungan bahan-bahan penambah rasa dan bahan tiruan dalam aiskrim mampu memudaratkan kesihatan anda. Sebelum memakan aikrim, lihat pada label untuk memeriksa bahan-bahan yang digunakan.

Panduan Memakan Aiskrim

Hampir semua orang dari kanak-kanak ke orang dewasa suka memakan aiskrim. Ia pastinya mewujudkan perasaan riang apalagi dimakan bersama keluarga atau teman-teman. Pastikan memakan aiskrim yang diperbuat daripada bahan-bahan bermutu dan tidak mengguakan bahan-bahan tiruan. Alangkah baiknya jika anda sendiri pandai membuat aiskrim. Ianya pasti menjimatkan malah boleh dijual satu hari nanti!



Catat Ulasan

0 Ulasan