ROCK NEVER DIE .. KONSERT ROCKIN' ON ROOPTOP VS SEARCH ENDEMIK
Ramai yang belum move on menikmati
konsert Rock Search di atas bumbung Campbell pada 11 Jun 2022 lalu. Konsert
yang bermula 9.30 malam itu berakhir kepuasan bukan sahaja peminat tegar Search
malah rakan-rakan artis yang menyokong perjuangan band ini termasuk Dato
Hattan, M. Nasir, Hassan Babylon, Retz Metalasia, Ramli Sarip, Tam Spider, Ezad Lazim, Along Exist, Andy Flopp Poppy, Tam Spider serta Ella yang turut membuat persembahan. Ramai yang berpendapat inilah konsert yang
benar-benar istimewa, padu dan paling mantap dalam tahun-tahun terakhir era endemic.
Rata-rata media masa dan artis terkenal memuji konsert Rocking On Rooptop.
"3000 peminat 'enjoy' berhujan, Konsert Search meriah tanpa Amy - mstar.com.my
"Konsert rockin'On Top meriah, pukau 3000 penonton" - Kosmo
"Denden ganti Amy, aura Search masih berbisa " - Berita Harian
"Definisi sebenar Rock n Roll" - Astro Awani
"Persembahan Deden, Search luar biasa"- Berita Harian
"Bunyi Search dipegang Kid dan Din" - Hattan
"Inilah bunyi Search sebenar" -Hassan Babylon
"Congratulation...semua lagu key Original, lepas ni boleh on bigger venue" - Along Exist
Jika sebelum ini, media masa dan media sosial dihebohkan dengan konsert Search versi Amy, Man Kidal, Nasir dan Hillary, kini kehebatan Search versi Amy & friends seakan tenggelam tidak sampai 2 minggu selepas berakhirnya konsert Search versi Kid, Din, Minn, Deden, Yan dan Fairuz. Ternyata kedua-dua kumpulan mempunyai peminat tegar yang kebanyakan membesar melalui lagu-lagu Search lebih dari empat dekad.
Kekuatan dan sumber tarikan konsert
Search kali ini tidak lain dan tidak bukan selain petikan gitar Kid sebagai
gitaris utama selain bunyi dan alunan yang cukup padu Din sebagai (gitar irama ),
Yan (Bass), Minn (Drum), Fairuz (Keyboard) dan Deden (Vokalis). Sememangnya benarlah seperti yang
diperkatakan Dato Hattan, ‘soul’ Search terletak pada petikan gitar dua beradik
Kid dan Din. Dan untuk konsert kali ini, ia
ternyata benar apabila semua lagu dimainkan pada chord yang asli seperti
dalam album Search.
Persembahan Deden Gonzales sebagai penyanyi adalah satu kemunculan yang benar-benar melengkapkan persembahan Search. Ternyata kelunakan suara dan kemampuan Deden menyanyi dalam note tinggi memberikan nafas baru yang bukan calang-calang selepas Amy secara rasminya keluar dari Search. Tarikan suara Deden menyemarakkan bunyi gitar Kid, Din dan Yann yang seolah-olah dirasuk dengan bunyi-bunyi yang 'jahat' yang jarang disaksikan selama ini. Kombinasi vocal dan muzik yang mantap inilah yang menyebabkan konsert ini akan diingati sampai bila-bila.
Deden berjaya
mengisi kekosongan Amy dengan berkesan meskipun persediaan yang singkat. Walaupun
showmanship Denden ketinggalan agak jauh dibandingkan dengan Amy, namun dari
segi vocal Deden dilihat jauh lebih bertenaga terutama ketika membawakan
lagu-lagu bernada tinggi berbanding Amy pada masa kini. Dari segi penampilan
pula, Deden memilih untuk tidak terlalu over rock dan tidak terlalu banyak bercakap pada konsert pertamanya
sebagai jalan selamat.
Selain sistem bunyi dan pencahayaan yang cukup berkesan, pemilihan lagu menjadi kekuatan pada konsert kali ini. Tiada lagu Isabella dan Rozana namun digantikan dengan lagu-lagu yang jarang dimainkan di konsert seperti Teguh, Pasti, Binasa dan Emanuelle. Lagu pertama "Bencana" sudah membuatkan penonton meremang kemudian mendengar lagu Teguh, anda mungkin tidak percaya ia dimainkan secara live kerana ia seketul seperti dalam CD.
Tahniah kepada king of Tremolo Kid, walaupun umur semakin meningkat
sentuhan masih memukau hawa telinga pendengar. Disebabkan konsert ini dikira sebagai konsert berskala besar, kejayaan ini turut dibantu
oleh krew profesional belakang tabir termasuk jurutera bunyi yang menjaga setiap instrument dan
pencahayaan yang cukup berkesan.
Konsert yang dihadiri hampir 4000 di atas bumbung Campbell pasti jadi satu sejarah dan peminat Rock pasti tertunggu-tunggu video rasmi konsert ini. Selain itu, diharap konsert ini dapat diteruskan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga sehingga ke tanah lahir Deden Gonzalez sendiri iaitu di Indonesia.
Menyentuh pula konsert Endemik versi lagenda Amy, Man Kidal dan Hilary, ia semestinya kemunculan yang dinanti-nantikan peminat tegar mereka. Apatah lagi mereka hadir dengan dua gitaris terkenal yang mempunyai keunikan dan aura yang bukan calang-calang hebatnya. Namun, mungkin benar kata Hassan Babylon, kombinasi kedua gitaris di atas pentas tidak berapa menjadi kerana kedua-dua mereka merupakan pemain 'lead'. Kedua-dua gitaris ini seperti tidak dapat mengeluarkan bunyi 'jahat' kerana masing-masing menjaga satu sama lain.
Dari sudut lain, perbalahan anggota Search, ia tidak perlu diperbesarkan kerana ternyata kita sudah melihat kemampuan kedua-dua kumpulan. Amy Search akan tetap dikenang sebagai lagenda. Hakikatnya, seiring denga usia, Amy tidak lagi seperti dulu yang mampu menyanyi pada vocal yang 'power', . Maka, terserahlah kepada mereka bagaimana untuk menyesuaikan lagu dan persembahan pada usia seperti itu.
Akhir kata , sekiranya
dua kumpulan Search ini melangsungkan konsert pada hari yang sama dimana Versi Amy Search berlangsung
di Kuala Lumpur dan Search versi Kiddin pula berlangsung di Johor Bahru, admin
mungkin memilih untuk pergi ke JB!! Bagaimana dengan anda?
0 Ulasan