PENGALAMAN DAN CARA MENGATASI PENYAKIT RADANG SENDI

 

Pengalaman diserang radang sendi.

Isteri saya mengalami sakit bahu dan lengan yang teramat sangat selepas selesai mencuci dua buah kereta. Sehingga kini sakit berterusan selama hampir dua minggu tanpa apa-apa perubahan. Isteri berjumpa doctor dan doktor mengesahkan ia adalah penyakit radang sendi. Doktor memberikan 3 jenis ubat iaitu, ubat tahan sakit ( metamin 15mg), ubat rehat otot dan ubat radang. Keberkesanan ubat tidak bertahahan lama apabila sakit kembali menyengat pada sebelah pagi. Sehari kemudian kelihatan lebam pada bahagian depan tulang bahu.

Sumber dan berita berkaitan : Berita Harian


Kesan Buruk Radang Sendi

Mangsa yang mengidap radang sendi tidak dapat melakukan kerja-kerja ringan apa lagi kerja berat seperti mengangkat air, seterika pakaian dan sebagainya. Dari itu, sokongan dari orang-ora ng disekeliling adalah amat perlu kepada si pengidap radang sendi. Sakit radang sendi ini lebih kurang dengan sakit yang dihidap oleh pesakit gout dan diberi ubat tahan sakit yang sama iaitu metamin 15mg.

Dapatkan Rawatan Yang Betul

Pesakit radang sendi tidak boleh bergantung kepada tukang urut untuk menyembuhkan penyakit. Mereka perlu mendapatkan rawatan pakar yang akan menjalankan pemeriksaan terperinci termasuk menjalankan imbasan MRI dan fisioterapi. Hasil ujian itu kelak untuk memastikan tahap keseriusan penyakit dan rawatan serta ubat yang sesuai. Antara rawatan yang akan dijalankan ialah Manipulation Under Anesthesia' (MUA) dimana pesakit akan dibius sebagai salah satu prosedur pakar menjalankan terapi rawatan manual bertujuan meningkatkan pergerakan artikular dan tisu lembut.

Golongan yang sering diserang radang sendi.

Pesakit radang sendi ini biasanya berlaku kepada golongan dewasa dan kebanyakan kes menyerang kaum wanita berumur 40 hingga 60 tahun . Antara penyebab adalah adalah akibat penyakit genetik, diabetis, dan sering membawa beban berat serta pernah mengalami kecederaan sendi. Pesakit yang mengalami radang sendi disarankan untuk mengelakkan makanan bersifat sejuk.

Catat Ulasan

0 Ulasan