Mungkin ada antara kamurang yang tidak sedar beberapa kaedah mudah untuk kita menjimatkan wang serta jana pendapatan santai pada era digital ini. Orang bilang sikit-sikit lama-lama jadi bukit, maka sudah tentulah kaedah-kaedah ini dilihat tidak berbaloi bagi sesetengah orang bagaimanapun, ia sebenarnya memberikan impak yang luar biasa bagi sesetengah orang lebih-lebih bagi golongan berpendapatan rendah.
#1. KAD GANJARAN
Umum mengetahui, banyak syarikat-syarikat diluar sana yang memberikan kad mata ganjaran kepada pembeli. Antanya ialah Kad SETEL bagi stesen minyak Petronas, Petron MILES bagi stesen minyak Petron atau PMG Pahrmacy card. Selain dapat menjimatkan pembelian melalui program loyalty customer, pemegang kad ganjaran juga berpeluang mendapat hadiah dan cabutan tiket bertuah yang dianjurkan syarikat-syarikat terbabit.
Bagi pengguna MILES Petron pula, setiap perbelanjaan sebanyak RM1000 dapat ditebus dengan minyak dengan nilai RM40.00. RM40.00 dikira satu jumlah yang banyak dan mungkin mampu mengisi separuh tong minyak kereta anda mahupun perjalanan selama satu minggu ke tempat kerja. Bayangkan anda menggunakan kenderaan berpuluh tahun dengan penggunaan minyak ribuan ringgit tanpa mendapat apa-apa ganjaran, mesti rasa rugi kan? Begitu juga sekiranya anda peminat bacaan buku-buku dan sering membuat pembelian di gedung buku Popular. Bagi anda yang tidak sedar, Popular juga menyediakan kad ganjaran dan setiap pembelian buku berpotensi mendapat antara 5 hingga30 peratus diskaun.
#2. GUNAKAN APLIKASI DIGITAL
Sedar tak sedar kita sudah memasuki era digital dan banyak program yang dapat membantu kita simpan duit dengan mudah dan selamat. Salah satu aplikasi digital yang selamat digunakan di Malaysia ialah RAIZ. Raiz merupakan sebuah syarikat berasal dari Australia yang kini dibangunkan dengan kerjasama dari Permodalan Nasional Berhad melalui anak syarikatnya Jewel Digital Ventures Sdn Bhd. Klik di sini untuk anda join RAIZ
Antara ciri dan keistimewaan yang paling ketara pada aplikasi RAIZ ialah proses pendaftaran yang sangat mudah dan penambahan dana hanya melalui online banking. Selepas itu anda boleh menyimpan dana anda melalui tiga pilihan risiko yang anda boleh pilih sendiri. Selepas itu anda juga boleh pautkan Kad Maybank atau Kad Kredit anda dimana Aplikasi Raiz akan membantu menyimpan setiap sen lebihan perbelanjaan anda untuk disimpan dalam Raiz apabila mencapai amaun bundar yang terdekat. Mudah kan?
#3. MENGOPTIMA PENGGUNAAN AKAUN MEDIA SOSIAL
Pastikan anda bukan salah seorang daripada mereka yang hanya tahu scroll down dan membaca bahan-bahan bacaan dalam media sosial. Apa kata anda gunakan media sosial sebagai sumber pendapatan ?. Untuk ini anda tak perlu ada bisnes untuk meraih pendapatan sehingga lima angka. Anda boleh menjana keuntungan sambil layan facebook melalui beberapa program termasuk mendapat komisyen dari Shopee. Ini lah yang dilakukan oleh Abd. Rani Kulup serta beberapa influencer yang lain. Iaitu mempromosikan produk orang lain dan anda akan mendapat komisyen. Cara yang paling santai dan paling mudah ialah melalui program refer dan affiliate marketing. Program referel ialah anda mendapat komisyen daripada orang yang join bisnes melalui link referrer anda. Link affiliate pula ialah anda mendapat komisyen melalui jualan produk. Yang bestnya, anda tak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk menyertai program-program ini.
0 Ulasan