KAEDAH DAPAT DUIT SAMPINGAN MELALUI GAMBAR SMARTPHONE


Kepesatan teknologi maklumat memberi peluang kepada penggemar-penggemar seni photografi menjual karya mereka secara maya. Salah satu platform yang paling terkenal ialah di laman web shutterstock.com. 

Shutterstock.com memberi peluang kepada anda menjual gambar, footage (video pendek) dan ilustrasi secara maya dengan mudah hanya dengan memuat turun karya-karya anda secara percuma di laman web shutterstock.

Mengapa Shutterstock Paling popular?

Shutterstock adalah pusat microstock yang paling terkenal berbanding platform-platform yang lain. Selain dari itu, syarat penyertaan adalah lebih longgar berbanding Getty Images, Foap dan pesaing-pesaing dalam bidang microstock.

Apakah Gambar-Gambar Yang diterima oleh Shutterstock?

Semua jenis gambar diterima oleh shutterstock. Bagaimanapun ia hendaklah menepati kualiti yang ditetapkan antara syarat utama ialah;

A. Kualiti gambar dengan saiz 4MB dan ke atas.

Rata-rata telefon pintar pada masa kini menyediakan kualiti kamera yang memenuhi piawaian di atas. Bagaimanapun, ia terpulang kepada kemahiran anda menggunakan kamera pada telefon anda.

B. Gambar Tidak Kabur (Noise)

Gambar yang anda hantar perlu terang dan tidak pecah ketika dibesarkan. “Noise” adalah titik-titik putih yang akan muncul ketika gambar dibesarkan. Mata kasar selalunya tidak dapat melihat noise, namun shutterstock menggunakan teknologi untuk mengesan ‘noise’ dan serta - merta gambar anda akan ditolak sebaik disubmit.

C.Mempunyai Kualiti Pencahayaan Yang Sesuai ( Exposure )

Gambar terlalu terang atau gelap akan mengakibatkan gambar anda ditolak. Mengambil gambar pada cahaya matahari terik akan mengakibatkan cahaya yang berlebihan ( over exposure ). Mengambil gambar dalam cahaya yang tidak mencukupi pula akan menyebabkan gambar anda di bawah kategori under exposure (kekurangan cahaya). Masa paling sesuai mengambil gambar ialah sebaik matahari terbit pada waktu pagi atau selepas jam 4.30 petang ketika matahari mulai turun. Gambar yang saya ambil pada sebelah pagi rata-rata diluluskan.

D. Mempunyai deskripsi yang sesuai

Gambar yang disertakan perlu mempunyai deskripsi yang sesuai dengan gambar dan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Penggunaan Bahasa selain Inggeris akan menyebabkan gambar anda ditolak. Anda juga perlu berhati-hati ketika menggunakan Google Translate untuk mengelakkan ia di alih bahasa secara ‘direct’.

E. Fahami Gambar Komercil atau Editorial.

Gambar Comercial adalah gambar-gambar yang tidak mengandungi ‘brand, nombor, hak milik, logo syarikat dan sebagainya. Contoh gambar komersil termasuklah gambar buah-buahan, gambar bunga, pemandangan, gambar binatang, objek tidak ada jenama yang lain sepeti batu, kayu dan sebagainya. Ia termasuklah gambar manusia dari sudut belakang dan tidak menunjukkan muka.

Jika sekiranya anda mengupload model atau bangunan, pastikan anda menyertakan surat kebenaran dari model atau empunya bangunan. Anda boleh muat turun borang release tersebut di laman web shutter stock dimana anda mendapati terdapat  tiga (30 kategori borang iaitu;

For adult models who are 18 and older.

For models who are under 18.

For copyrighted and restricted properties that appear in your images and videos.

Namun bagi admin sendiri belum pernah menggunakan model atau property yang memiliki hak cipta untuk diletakkan dalam shutterstock.

Apakah jenis Kamera Yang Sesuai Untuk Microstock?

Telefon pintar yang mempunyai kemampuan menangkap gambar 4megapixel dan ke atas boleh dijadikan permulaaan untuk berjinak-jinak dalam microstock. Bagaimanapun adalah disarankan anda memilih jenis telefon yang dapat menangkap gambar dengan resolusi yang lebih tinggi untuk memudahkan kerja-kerja anda.

Telefon pintar jenama Huawei, Iphone atau Redmi adalah antara telefon yang mempunyai kamera yang sangat bagus. Gambar-gambar di bawah adalah gambar yang sudah lulus dengan menggunakan HP jenis Huawei Nova SE 9.



Kaedah pembayaran

Kaedah pembayaran pendapatan anda di Shutterstock ialah dengan menggunakan akaun PayPal, Skrill atau Pioneer dan had pengeluaran Minima ialah USD35.00.  Manakala kadar komisyen anda bergantung kepada beberapa sumber tempahan pembeli iaitu melalui 'subscription, on demandenhanced, single & other  gambar atau video anda. Keempat-empat sumber tempahan mempunyai kadar harga yang berbeza.  Walaupun ia tidaklah lumayan, namun ia adalah satu nilai yang memberikan kepuasan kepada peminat peminat seni photografi.

Cara Mendaftar

Daftar sebagai contributer shutterstock di laman web shutterstock.com dan install aps Contributer di smartphone anda. Selepas mendaftar dengan percuma anda sudah boleh mengupload setiap gambar di phone anda dan tunggu review samada lulus atau di tolak. Sekiranya di tolak pihak Shutterstock akan memberitahu mengapa gambar anda di tolak. Sekiranya ditolak, jangan putus asa kerana disini anda boleh mengasah bakat anda sebagai seorang jurugambar yang berkualiti!

Belajar Ambil Profesional Dengan Phone

Sekiranya anda melangkah sedikit dalam bidang ini dengan lebih serius dan meraih pendapatan dalam bidang photongrafi, anda juga bole mengikuti Kelas Photografi Anjuran Saiful Nang Akademi. Ramai yang telah berjaya menjana pendapatan selepas mengikuti kelas SAF yang berbaloi dengan yuran.







Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Panduan yang bagus dan terperinci untuk mencari sumber pendapatan extra di Shutterstock.
    Untuk info yang lebih lanjut, sila klik :
    dental clinic

    BalasPadam